• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Akan Dedah Bukti Duit Parti Di Mahkamah

oleh
16/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUNTUT… Pihak UMNO akan mendedahkan segala bukti di mahkamah apabila tiba masa sesuai berhubung tuntutan wang parti yang dirampas polis di sebuah apartmen di ibu negara sebelum ini.

Menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, pihaknya menghormati pandangan polis dan kerajaan mahu membatalkan tuntutan parti berhubung wang yang dirampas di Pavilion Residences pada Jun lalu.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang itu ketika ditemui media di lobi Parlimen pada Selasa menjelaskan bahawa parti tersebut akan menyerahkan kepada pihak mahkamah untuk membuat keputusan.

“Kita akan kemukakan di mahkamah nanti apabila tiba waktunya. Apa pun, kita akan ikut proses perundangan berikutnya termasuk membawa kes ini ke mahkamah dan biar mahkamah yang memutuskannya,” katanya.

Semalam, Peguam Kanan Persekutuan, Mohammad Sallehuddin Md. Ali berkata kerajaan akan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman oleh UMNO berhubung tuntutan wang disita berjumlah RM116.7 juta.

Ia dirampas daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO menuntut wang berkenaan segera dipulangkan kerana beliau merupakan mantan presiden parti yang bertanggungjawab terhadap dana itu.

Selain jumlah itu yang diisytihar polis, UMNO turut menuntut RM43 juta lagi yang dipercayai hilang selepas mendakwa keseluruhan jumlah wang dirampas polis sebenarnya berjumlah RM160 juta. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Ahmad Zahid HamidiUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd