• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pink Walk Cetus Kesedaran Bahaya Kanser

oleh Cj Mnh
15/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sempena program Shah Alam Hari Tanpa Kereta, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan acara berjalan kaki, Pink Walk bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang penyakit kanser.

Ketua Bahagian Korporat dan Komunikasi MBSA, Shahrin Ahmad berkata, program riadah itu merupakan salah satu acara dalam Kempen Kesedaran Kanser Payudara yang mendapat kerjasama daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.

“UPEN Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM46,600,” katanya kepada pemberita di Dataran Kemerdekaan di sini, semalam.

Majlis pelepasan peserta acara jalan kaki itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan,Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud.

Yang hadir sama ialah Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd. Saad.

Sementara itu, Shahrin menjelaskan, program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan merupakan inisiatif MBSA ke arah melahirkan warga Shah Alam yang mengamalkan gaya hidup sihat di samping mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya sekali gus membendung pelepasan gas karbon monoksida yang boleh mencemar alam sekitar.

“Pelbagai aktiviti menarik lain turut diadakan untuk memeriahkan program ini antaranya acara berbasikal, berjalan kaki, senamrobik, senaman taici, persembahan pentas oleh Kombo MBSA dan pemeriksaan kesihatan percuma.

“Turut diadakan Jom Picnic Dhuha, Eco Free Market iaitu pemberian barangan terpakai secara percuma kepada golongan memerlukan dan Jom Ikrar Derma Organ sempena Minggu
Kesedaran Pendermaan Organ oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor,” ujarnya.

Beliau menambah, bagi menarik penyertaan orang ramai, pihaknya juga menyediakan permainan seperti memanjat dinding dan pertandingan makan buah.

“Kita juga mengadakan cabutan bertuah, Klinik Frisbee, Klinik High Jump, Hydro Gel Games, Futsal on 3, Dengue Hunt, Akademi Soccer Kids, Mobile Library MBSA dan jualan makanan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: kanserkesedaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

19/07/2024
0

PUTRAJAYA - Waris dan pesakit kanser yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) di sini, berpeluang untuk mendiami Rumah...

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

16/02/2023
0

Mendakwa tidak ada masalah dengan jenama "Rahmah" yang diperkenalkan kerajaan, seorang ahli parlimen pembangkang mengaitkan kualiti makanan dengan kemungkinan risiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd