• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teliti Masalah Di Sabah Sebelum Benarkan Anak Tanpa Kerakyatan Bersekolah

oleh Cj Mnh
15/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Parti Amanah Negara (Amanah) Sabah menyambut baik langkah kerajaan persekutuan membenarkan kanak-kanak tanpa kerakyatan mendaftarkan diri di sekolah kerajaan namun berharap pelaksanaan dasar itu dapat ditangguhkan dahulu di Sabah.

Pengerusinya Haris Alimudin berkata ini kerana terdapat beberapa isu berkaitan individu tanpa kerakyatan di negeri itu yang perlu dibincangkan secara tuntas terlebih dahulu antaranya definisi yang akan diguna pakai dalam menentukan status seseorang kanak-kanak tanpa kerakyatan.

“Sebagai sebuah negara yang tidak merektifikasi Konvensyen 1954 mengenai orang tanpa negara menyebabkan sehingga hari ini belum ada takrifan khusus terpakai di negara kita bagi merujuk golongan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Haris berkata Amanah Sabah juga berharap kerajaan dapat mengeluarkan statistik sebenar individu tanpa kerakyatan di Malaysia berikutan laporan suruhanjaya siasatan diraja berhubung pendatang asing tanpa izin (PATI) menyatakan terdapat 500,000 PATI di Sabah.

Katanya, Amanah Sabah juga ingin tahu bilangan sebenar kanak-kanak tanpa kerakyatan yang dibenarkan memasuki sekolah kerajaan.

Kerajaan persekutuan juga katanya perlu mengambil kira kemampuan prasarana sekolah untuk menampung kemasukan murid tanpa kerakyatan memandangkan Sabah sedang menghadapi masalah dalam perkara itu khususnya di kawasan bandar.

“Isu ketidakmampuan sekolah di Sabah khususnya di kawasan bandar menampung jumlah murid terlalu ramai adalah permasalahan besar yang sedang dihadapi… dengan kemasukan lebih ramai pelajar tanpa kerakyatan dibimbangi sekolah awam akan berhadapan dengan masalah lebih kritikal,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata Amanah Sabah berharap kerajaan persekutuan akan mengambil pandangan semua pihak berkepentingan terutama rakyat Sabah sebelum dasar baharu tersebut dilaksanakan. – BERNAMA

Tags: bersekolahkerakyatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Janjikan Kerakyatan Untuk Anak Lahir Di Luar Negara

BN Janjikan Kerakyatan Untuk Anak Lahir Di Luar Negara

07/11/2022
0

PRU15 | Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berjanji gabungan itu bersedia meminda Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan...

1,059 Pelajar Terjejas Banjir Di Baling Mula Bersekolah Esok

1,059 Pelajar Terjejas Banjir Di Baling Mula Bersekolah Esok

16/07/2022
0

BALING: Seramai 1,059 pelajar dari 17 buah sekolah rendah serta 10 buah sekolah menengah yang terjejas kepala air dan banjir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd