• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Janjikan Kerakyatan Untuk Anak Lahir Di Luar Negara

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
BN Janjikan Kerakyatan Untuk Anak Lahir Di Luar Negara
Share on FacebookShare on Twitter

PRU15 | Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berjanji gabungan itu bersedia meminda Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warganegara asing.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu dinyatakan Ahmad Zahid ketika mengumumkan manifesto BN yang disiarkan secara siaran langsung di Facebook malam ini.

“Atas nama keterangkuman juga, kita tidak lagi mahu, anak-anak yang dilahirkan melalui perkahwinan campur, atau mereka yang berbeza identiti bangsa dan agama dinafikan hak untuk menjadikan Malaysia tanah air tercinta.

“Oleh itu, saya tegaskan di sini bahawa BN bersedia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warganegara asing.

“Ini kita lakukan atas kesedaran bahawa patriotisme dan nilai sayangkan negara itu hadir dari kerencaman dan keterangkuman,” katanya.

Pengumuman Ahmad Zahid itu merupakan pendirian yang berbeza dengan keputusan kerajaan sebelum ini yang menafikan kerakyatan bagi golongan terbabit.

Dalam pada itu BN turut berjanji memastikan amalan politik di dalam negara diperkasakan melalui penggubalan Akta Pendanaan Politik.

Apa yang menarik, ia sama seperti janji Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto ’Tawaran Harapan PRU15,’ yang turut berjanji memperkenalkan akta tersebut bagi membendung gejala politik wang dan penyelewengan dana.

“Pada masa yang sama, pelantikan jawatan utama negara seperti Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Pengerusi SPR akan melalui saringan jawatankuasa khas parlimen,” kata Ahmad Zahid.

-Malaysia Kini

Tags: anakBNkerakyatanluar negaraManifesto BNPRU-15
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan menyarankan PAS menggunakan lambang Barisan Nasional (BN)...

UMNO Mahu PRU16 Dibuat Awal

UMNO Mahu PRU16 Dibuat Awal

03/09/2026
0

SHAH ALAM - UMNO dan Barisan Nasional (BN) berpendirian lebih baik Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd