• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,059 Pelajar Terjejas Banjir Di Baling Mula Bersekolah Esok

oleh Mohd Arshad
16/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
1,059 Pelajar Terjejas Banjir Di Baling Mula Bersekolah Esok
Share on FacebookShare on Twitter

BALING: Seramai 1,059 pelajar dari 17 buah sekolah rendah serta 10 buah sekolah menengah yang terjejas kepala air dan banjir di Kupang di sini pada 4 Julai lalu akan memulakan semula sesi persekolahan esok.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata, kesemua pelajar diberi kelonggaran memakai baju biasa sekiranya masih belum dapat menyediakan uniform sekolah akibat terjejas bencana.

“Pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Baling telah mengeluarkan pekeliling kepada semua sekolah terlibat membenarkan pelajar memakai pakaian biasa sekiranya tidak sempat menyediakan pakaian sekolah pada hari pertama persekolahan selepas ditimpa bencana.

“Jika belum ada baju sekolah, boleh datang pakai baju biasa, pakai t-shirt pun boleh, mereka boleh ambil sumbangan uniform baharu di sekolah masing-masing yang telah disediakan buat mangsa,” katanya pada Program Agihan Set Seragam Sekolah bagi mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai, di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua 1,059 pelajar yang terjejas itu telah diperuntukkan uniform sekolah baharu dalam usaha menyuntik semangat dan motivasi agar mereka dapat meneruskan persekolahan seperti biasa.

“Sebanyak 1,000 set pakaian sekolah termasuk beg dan kasut disediakan Pusat Khidmat Parlimen Baling manakala 500 set lagi disumbangkan UDA Holdings Berhad.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kejar Akhirat Bersama (KAB) dari Gombak yang turut menyediakan 700 set alat tulis dan botol air dalam majlis sama.

Dalam perkembangan lain, katanya, mangsa dari tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS) sudah mula pulang ke rumah bagi proses pembersihan manakala 17 mangsa yang kehilangan rumah akibat musnah dan hanyut telah diberikan bantuan wang ihsan sewa rumah selama enam bulan juga telah berpindah ke rumah sewa masing-masing.

UtusanOnline-

Tags: Balingbersekolahmangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd