• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT II Lonjak Ke Kedudukan Teratas Liga Perdana 2015

oleh Ahmad Albab
14/02/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) memintas Kedah untuk mengungguli persada Liga Perdana 2015 selepas membenam SPA Putrajaya FC 5-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Penyerang muda JDT II, Shafiq Shaharuddin mencipta nama sebagai penjaring hatrik pertama musim ini apabila melakukan jaringan pada minit ke-45, 64′ dan 80′ serta dua gol sumbangan pemain import dari Argentina, Leandro Velazquez pada minit-34 dan Nicolas Delmonte pada minit ke-78.

Gol tunggal pasukan tuan rumah disumbang oleh penyerang import dari Nigeria, Michael Chukwubunna Ijezie menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pasukan Negeri Sembilan, yang dikenali sebagai NS Matrix, meneruskan rentak kemenangan dengan mengalahkan UiTM FC 2-0.

Penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe muncul wira NS Matrix dengan dua jaringan pada minit ke-38 dan minit ke-80.

Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah diberi tentangan sengit oleh DRB Hicom FC sebelum menang 3-2.

Tiga gol skuad ‘Sabahrhinos’ dijaring oleh El-Hadji Diouf pada minit ke-18, Md Azzizan Nordin (70′) dan Shafuan Adli Shaari (74′) manakala dua gol pasukan pelawat disumbang oleh Ivan Babic pada minit kedua dan Md Fakhrullah Rosli pada minit ke-21.

Terdahulu, DRB Hicom FC terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Mohd Farid Saibun dilayangkan kad merah oleh pengadil kerana mengasari Shafuan Adli pada minit ke-82.

Di Stadium UiTM, Shah Alam, pasukan Kuala Lumpur mencatat kemenangan pertama musim ini selepas mengalahkan wakil kelab Lembah Klang, PKNS FC 2-1.

Pemain import dari Argentina, Gonzalo Soto meletakkan PKNS FC di hadapan pada minit ke-33 sebelum skuad ‘The Hawks’ bangkit dengan dua jaringan menerusi Kalle Sone pada minit ke-47 dan Choi Hyun-yeon pada minit ke-61.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Kedah gagal mempertahankan kelebihan dua gol pada awal permainan dan terpaksa berpuas hati dengan kutipan satu mata selepas terikat 2-2 menentang wakil Pahang, Kuantan FA.

Skuad ‘Helang Merah’ selesa berada di hadapan menerusi gol Keith Murtu Nah pada minit keempat dan Baddrol Bakhtiar, lima minit kemudian.

Bagaimanapun, Kuantan FA bangkit mengikat kedudukan hasil jaringan Abdul Malik Mat Ariff pada minit ke-22 dan sepakan penalti Milan Purovic pada minit ke-33.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pasukan kelab T-Team dan Pulau Pinang berkongsi satu mata selepas seri tanpa jaringan. – BERNAMA

Tags: JDT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Rap 50 Cent Meriahkan Sambutan Kejuaraan Ke-12 Liga Super JDT 30 Mei

Penyanyi Rap 50 Cent Meriahkan Sambutan Kejuaraan Ke-12 Liga Super JDT 30 Mei

22/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan barisan artis antarabangsa yang bakal memeriahkan sambutan kejuaraan ke-12...

Kelab Gergasi EPL Chelsea Bertemu JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Ogos ini

Kelab Gergasi EPL Chelsea Bertemu JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Ogos ini

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab bola sepak, Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal mencipta satu lagi detik bersejarah apabila dijadual menentang kelab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd