• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operator Feri Ke Langkawi Mohon Tambang Dinaik

oleh
11/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji permintaan syarikat penyedia perkhidmatan feri yang memohon agar tambang feri ke Langkawi dinaikkan bagi memastikan perkhidmatan lebih baik dapat diberikan kepada penumpang pada masa akan datang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata ini berikutan maklum balas operator feri bahawa mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran dari segi kos operasi susulan harga bahan api yang agak tinggi pada masa ini.

“Dari segi kadar tambang feri memang operator tidak boleh sesuka hati naikkan kadar tambang, mesti dapat kelulusan kerajaan…tapi kerajaan buat masa ini belum membuat apa-apa keputusan berkenaan isu ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Terminal Feri Penumpang di Kuala Kedah hari ini.

Beliau berkata kerajaan perlu mengimbangi kepentingan untuk penumpang dan pada masa sama berusaha memastikan agar operator feri dapat meneruskan perkhidmatan kerana ia merupakan salah satu medium pengangkutan penting untuk pelancong berkunjung ke pulau pelancongan terkenal di dunia itu.

“Sebab itu kita akan lihat dengan teliti perkara ini sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata kerajaan akan meneruskan projek menaik taraf terminal feri penumpang Kuala Kedah di sini dengan mengintegrasikan terminal penumpang, kargo dan kargo kenderaan beroda di atas tanah seluas 4.3 hektar.

Katanya proses pelawaan tender terbuka akan bermula pada 18 Oktober hingga 14 November bagi pemilihan perunding sebelum pembinaan dijangka bermula pertengahan kedua tahun hadapan dengan anggaran tempoh pembinaan selama dua tahun​​​​​​.

Berkonsepkan bangunan bertingkat, beliau berkata panjang pelabuhan di jeti itu kelak akan ditingkatkan dari 80 meter sekarang yang hanya boleh menampung tiga feri berlabuh pada satu-satu masa, kepada 180 meter dengan kapasiti enam feri termasuk feri penumpang, kargo dan kargo kenderaan beroda.

Beliau berkata pihaknya turut menetapkan syarat bahawa kontraktor yang akan dilantik nanti mesti menyediakan kemudahan seperti ruang pelepasan dan ketibaan yang selesa, surau, tandas, auto-gate, kaunter tiket, ruang perniagaan dan pejabat kerajaan.

“Buat masa ini dewan ruang menunggu hanya dapat menampung kira-kira 800 orang dan setelah dinaiktaraf kelak ia akan menampung kira-kira 3,000 penumpang…selain itu kita juga akan pastikan tidak kurang 500 tempat letak kereta disediakan bagi kemudahan penumpang.

“Kita nak konsep pembangunan terminal mesti dintegrasikan dengan pengangkutan awam..untuk terminal feri ini kita nak ada kemudahaan menurunkan penumpang untuk bas persiaran, ini semua akan memudahkan pelancong luar dan sekaligus dapat menggalakkan kedatangan pelancong ke Pulau Langkawi,” katanya.

Purata kira-kira 120,000 penumpang direkod menggunakan terminal feri Kuala Kedah untuk ke Langkawi setiap bulan. – BERNAMA

Tags: Anthony LokeFeri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

Relik Suci Master Hsing Yun Tiba Di Malaysia – Anthony Loke

Relik Suci Master Hsing Yun Tiba Di Malaysia – Anthony Loke

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub SEPANG – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyifatkan kehadirannya di Terminal Subang Skypark semalam sebagai satu penghormatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd