• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tol Tidak Dapat Dihapus Kerana Masalah Kewangan

oleh
09/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak dapat menghapuskan kutipan tol disebabkan masalah kewangan semasa negara, kata Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Beliau berkata tidak betul sekiranya ada yang beranggapan kerajaan Pakatan Harapan yang baru boleh menghentikan kutipan tol dalam masa dua atau tiga bulan.

“Kita akan teruskan kutipan tol seperti sedia ada, sehingga kedudukan kewangan negara jadi lebih kukuh… ini bermakna kita sedang melihat kepada lain-lain alternatif,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Persidangan “Malaysia: A New Dawn 2018” di sini hari ini.

Baru berkata kos sebenar penyelenggaraan jalan raya persekutuan setiap tahun adalah kira-kira RM2 bilion, namun kementerian hanya menerima antara RM600 juta dan RM800 juta sahaja dari bajet tahunan bagi tujuan itu.

“Malah kami diminta berusaha mengurangkan lagu jumlah itu, pihak kami menerima kurang 50 peratus daripada apa yang diperlukan. Selain itu kami juga ada kerja penyelenggaraan yang tertangguh sekitar 30 peratus yang perlu dilaksanakan, jika kami tidak laksanakan kerja-kerja ini, jumlah kerja yang tertangguh akan melonjak kepada 40 atau 50 peratus,” katanya.

“Keselamatan pengguna jalan raya amat penting, oleh itu kami akan merayu kepada Kementerian Kewangan untuk dapatkan peruntukan sewajarnya yang kami perlukan. Jika kerja-kerja penyelenggaraan ini tidak dijalankan, lebih banyak lagi jalan raya akan berlubang, nanti timbul pula isu lain lagi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Baru BianTol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta, kata Presiden Pemerhati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd