• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KBS Pantau Proses Pemulihan Akademi Mokhtar Dahari

oleh
09/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memantau kerja-kerja pemulihan kerosakan di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) di Kuantan, Pahang.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau menyambut baik usaha Jabatan Kerja Raya (JKR) yang memberi jaminan untuk menyelesaikan isu berkenaan.

“Terima kasih @JKRMalaysia. Saya akan pantau perkembangan ini. Belum sampai enam bulan tetapi kecacatan dah lebih 800 direkodkan.

“Kita kena proaktif dalam memastikan segala kerosakan dan kecacatan dibetulkan. Jangan sampai kerajaan perlu bayar lagi sekali untuk membetulkan keadaan,” jelas Syed Saddiq menerusi entri terbaharu dalam laman twitternya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan media daripada JKR semalam, yang mengesahkan kontraktor dilantik untuk projek pembinaan AMD, MMN Bina Sdn Bhd perlu bertanggungjawab terhadap kerosakan berlaku di akademi berkenaan.

JKR memaklumkan MMN Bina Sdn Bhd perlu bertanggungjawab terhadap kerosakan berlaku di akademi berkenaan berdasarkan Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) projek itu selama 24 bulan bermula 31 Mac 2018 hingga 31 Mac 2020 yang dipersetujui kedua-dua pihak tersebut.

JKR menjelaskan tindakan tegas akan diambil terhadap syarikat berkenaan sejajar dengan peruntukan terma-terma kontrak.

Jumaat lepas, Syed Saddiq dilaporkan membuat lawatan mengejut ke akademi berkenaan dan kecewa dengan pelbagai kepincangan di AMD yang dibina dengan kos RM85 juta.

Antaranya termasuk beberapa kemudahan di akademi berkenaan tidak diselenggara dengan baik selain beberapa kerosakan fasiliti yang berlaku di akademi itu. – BERNAMA

Tags: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Kekal Pengakuan Tak Bersalah

10/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini,...

Syed Saddiq Mengaku Tak Bersalah 2 Tuduhan Ubah Wang Haram

05/08/2021
0

JOHOR BAHRU - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengikut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd