• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Sara Diri Bekalan Daging, Susu Segar Dipertingkat

oleh Cj Mnh
09/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Kerajaan komited untuk galak peningkatan kadar sara diri (SSL) bagi pengeluaran bekalan daging tempatan kepada 30 peratus serta susu segar sehingga 100 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub.

Beliau berkata pada masa ini SSL bagi bekalan daging tempatan ialah 23 peratus manakala SSL untuk bekalan susu segar hanya 58 peratus.

“Dalam rangka melancarkan hala tuju baharu kementerian ini, saya dan pasukan kami, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah menetapkan sasaran kami untuk meningkatkan SSL bekalan daging tempatan dan susu segar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pengembangan dan Hari Inovasi Veterinar 2018, di sini hari ini.

Beliau berkata bagi mencapai unjuran tujuh peratus lagi SSL bekalan daging tempatan, pihaknya sedang meneliti beberapa kertas cadangan daripada syarikat-syarikat besar termasuk pelabur asing.

“Terdapat dua cara atau sektor untuk meningkatkan SSL ini iaitu pertamanya memastikan ia berskala besar dan keduanya meminta JPV memikirkan konsep dan model baharu yang dapat membantu meningkatkan SSL bekalan daging tempatan kita,” katanya.

Ditanya mengenai harapan kementerian bagi pembentangan Bajet 2019, Salahuddin berharap kerajaan akan memberi perhatian terhadap fungsi kementerian itu untuk melaksanakan tangggunjawab dalam jaminan makanan.

“Ini kerana jika berlakunya pengurangan, saya bimbang kita tidak dapat mencapai unjuran yang ditetapkan sebab untuk pastikan indeks ‘food security’ ini terjamin, maka ini satu pelaburan kerajaan.

“Jaminan makanan ini perlu dianggap satu pelaburan yang kita tidak mengharapkan pulangan tetapi kita menjaga indeks ini untuk memastikan kita cukup makanan di waktu aman dan waktu bencana,” katanya.

Konvensyen Pengembangan dan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah SeMalaysia yang merupakan acara tahunan itu dihadiri oleh 400 pegawai-pegawai pegawai pengembangan veterinar.

Program itu merupakan suatu inovasi perkhidmatan berbentuk proaktif dan preventif yang diperkenalkan untuk menggalakkan pengkomersilan bidang penternakan yang kemudiannya digarap sebagai “pertanian adalah sumber rezeki”. – BERNAMA

Tags: bekalansara diri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Telur Turun Cetus Permintaan Tinggi, Jejas Bekalan Sedia Ada

Harga Telur Turun Cetus Permintaan Tinggi, Jejas Bekalan Sedia Ada

19/06/2024
0

SHAH ALAM - Tindakan kerajaan menurunkan harga telur ayam tiga sen sebiji bagi gred A, B dan C berpotensi mencetuskan...

Nahas Korbankan 3 Tentera: Pemandu Lori Dituduh Di Mahkamah

Kurang Bekalan, Permintaan Tinggi Faktor Harga Tomato Naik

15/02/2024
0

BUKIT MERTAJAM: Kekurangan bekalan selain permintaan tinggi antara faktor mempengaruhi kenaikan harga tomato di pasaran, namun masih lagi terkawal, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd