• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Akan Mohon Peruntukan Baiki 600 Sekolah Daif

oleh Cj Mnh
09/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Sabah akan memohon peruntukan kepada kerajaan pusat untuk membaiki kira-kira 600 sekolah daif di negeri ini, kata Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob.

Beliau berkata satu kertas kerja telah dibuat dan akan diserahkan kepada kerajaan pusat pada minggu hadapan untuk tindakan lanjut.

“Terdapat lebih kurang 600 sekolah daif yang perlu pembaikan kadar segera, tapi kalau kena tunggu tempoh lima tahun untuk selesai, maka sekolah yang baikpun akan jadi daif dalam tempoh itu.

“Sebab itu kena mohon peruntukan lebih supaya sekolah daif ini dibaiki segera kerana ketika ini dirancang 120 sekolah dibaiki dalam setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Bicara Bersama Menteri bersempena Konvensyen Profesional dan Persidangan Agung Majlis Guru Besar Negeri Sabah di sini, hari ini.

Sementara itu, Yusof menekankan supaya semua guru besar di negeri in melakukan perubahan dengan memastikan pendidikan mapan sampai sepenuhnya kepada pelajar.

“Guru besar kena berubah, cara mengurus, buat kerja dan pentadbiran kena lihat menyeluruh, kita tidak mahu dengar ada lagi murid bila masuk ke sekolah menengah masih tidak pandai mengira atau membaca,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata segala perbincangan, permasalahan serta cadangan bernas yang direkodkan dan dirumuskan dalam konvesyen itu akan dibawa ke pengetahuan peringkat atasan.

“Antara permasalahan yang disuarakan adalah berhubung sistem pembelajaran, tiada akses internet, masalah penguasaan bahasa Inggeris dan isu yang dibangkitkan akan dibawa ke pengetahuan kerajaan pusat untuk tindakan berkesan,” katanya. – BERNAMA

Tags: peruntukanSekolah Daif
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PM Anwar Pertahan Kor Ming Umum Peruntukan Kementerian, Tidak Langgar Undang-Undang Pilihan Raya

PRN Johor: PM Anwar Pertahan Kor Ming Umum Peruntukan Kementerian, Tidak Langgar Undang-Undang Pilihan Raya

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri mempertahankan tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengumumkan peruntukan Kerajaan Persekutuan menjelang...

Nga Kor Ming Turun Padang Bantu Cat Flat Tun Aminah, Peruntukan Baik Pulih RM2.5 Juta

Nga Kor Ming Turun Padang Bantu Cat Flat Tun Aminah, Peruntukan Baik Pulih RM2.5 Juta

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming turun padang membantu mengecat Flat Tun Aminah, Skudai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd