• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sejak Bila Kita Kena Beri Kepada Ahli Parlimen? – PMX Anwar

oleh Mynewshub
07/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Sejak Bila Kita Kena Beri Kepada Ahli Parlimen? – PMX Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sejak bila peruntukan kerajaan yang disalurkan ke kawasan Parlimen perlu melalui Ahli Parlimen.

Memetik laporan media, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, peruntukan kerajaan yang disalurkan ke kawasan Parlimen bukan hak eksklusif wakil rakyat.

“Peruntukan tak semestinya beri kepada Ahli Parlimen. Peruntukan diberi kepada rakyat. Sejak bila kita kena beri kepada Ahli Parlimen? Kalau ada peruntukan RM2 juta (dengan) RM2 juta itu (disalurkan) kepada rakyat, sekolah, sekolah agama, masjid, baiki longkang…itu semua kita akan lakukan.

“Dasar itu terpakai sejak dahulu, mereka Ahli Parlimen (dari) dulu mereka tahu. Sekarang, dia (Ahli Parlimen) menentang, jadi bila dia menentang, kita salurkan terus kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Ar-Rasyidin di sini hari ini.

Untuk rekod, pemimpin PH semasa menjadi pembangkang sering mendesak kerajaan supaya menyalurkan peruntukan Parlimen kepada wakil rakyat pembangkang.

Susulan itu, satu Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik (MoU) dimeterai antara kerajaan dan blok pembangkang pada September 2021.

MoU tersebut disambut baik oleh Anwar dan Datuk Seri Mohamad Sabu ketika itu.

Sementara itu, Anwar berkata, anaknya, Nurul Izzah Anwar memohon untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mempunyai urusan lain untuk diberi perhatian buat sementara.

“Dia ada program khas di luar sekejap, jadi saya (kata) tak apa, dan kita boleh terima baik…tapi dia masih aktif dalam parti,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: ParlimenPerdana MenteriPerdana Menteri Datuk Seri Anwar IbrahimperuntukanSejak BilaWaki Rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

07/08/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai seorang panglima kecil yang harus bertempur dengan cara tersendiri...

PMX Anwar Solat Jumaat di Alor Gajah, Melaka

PMX Anwar Solat Jumaat di Alor Gajah, Melaka

07/08/2026
0

ALOR GAJAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid Ar-Rasyidin, Alor Gajah, Melaka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd