• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Sahkan 2 Maut Akibat Laksa Di Baling

oleh Cj Mnh
09/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Jabatan Kesihatan (JKN) Kedah mengesahkan terdapat 19 kes keracunan makanan dengan dua mangsa meninggal dunia selepas dilaporkan memakan laksa yang dibeli di sebuah gerai di Kupang, Baling, minggu lepas.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata daripada jumlah itu, sembilan kes dengan dua kematian dilaporkan di Perak manakala 10 lagi dilaporkan di Kedah.

“Pada 6 Oktober lalu, KKM telah menerima satu notifikasi daripada Hospital Gerik mengenai dua kes keracunan makanan dengan satu kematian dan siasatan lanjut mendapati tujuh kes lagi daripada satu keluarga yang tinggal di rumah yang sama mengalami gejala demam, cirit-birit, dan muntah.

“Mereka dilaporkan telah memakan laksa pada 9.30 malam, 4 Oktober lalu yang dibeli oleh bapa si mati di sebuah gerai di Kupang, Baling pada hari yang sama pukul 5.30 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Norhizan berkata pada Ahad lalu, dua lagi kes telah dimasukkan ke Hospital Gerik kerana mengalami keracunan makanan setelah memakan laksa yang dibeli di kedai sama pada 4 Oktober dengan satu kes dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh namun pesakit meninggal dunia pada 2.31 petang, hari yang sama.

“Selain itu, 10 kes keracunan makanan berkaitan dengan laksa yang dibeli di kedai sama turut dilaporkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Baling dan mangsa telah mendapat rawatan di Hospital Baling.

“Siasatan masih diteruskan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah berkaitan di JKN Kedah dan JKN Perak untuk mengenal pasti kes-kes yang mempunyai gejala Keracunan Makanan (KRM) dan terdedah kepada makanan yang sama,” katanya.

Katanya JKN Kedah telah menjalankan pemeriksaan dan menguatkuasakan penutupan sementara ke atas gerai terbabit bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dengan beberapa sampel klinikal, sampel makanan dan persekitaran sudah diambil untuk ujian makmal dan sedang menunggu keputusan.

Pada masa sama beliau menasihati orang ramai yang mempunyai gejala KRM agar segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.

“Orang ramai diminta tidak khuatir kerana kejadian wabak itu adalah terkawal dan disarankan sentiasa mengamalkan keselamatan makanan dengan memilih premis makanan yang bersih untuk membeli makanan selain mengamalkan lihat, hidu dan rasa sebelum makan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kematianlaksa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

04/05/2025
0

LONDON - Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat selepas seorang...

Wanita Dihukum Penjara 15 Tahun Sebabkan Kematian Bayinya Yang Baru Lahir

Wanita Dihukum Penjara 15 Tahun Sebabkan Kematian Bayinya Yang Baru Lahir

08/02/2024
0

TAWAU: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan sengaja menyebabkan kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd