• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TNB Terus Inisiatif Pulihara Habitat Kelip-Kelip

oleh Ahmad Albab
06/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Tenaga Nasional Berhad (TNB) meneruskan inisiatifnya memulihara habitat kelip-kelip di sepanjang Sungai Timun di sini, melalui program Lestari Komuniti dan Alam Sekitar.

Chief Talent Officer TNB, Azman Zakaria berkata usaha itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat TNB, dilaksanakan dalam usaha memastikan kelip-kelip dapat membiak dengan lebih baik dan lebih banyak.

Program Lestari Komuniti & Alam Sekitar di Pusat Pemuliharaan Kelip-Kelip Sungai Timun ini adalah julung kali diadakan dan ia bersempena dengan penglibatan TNB dalam usaha memulihara serangga kelip-kelip sebagai anugerah alam yang unik di sini sejak tahun lepas.

“Projek Pemuliharaan Kelip-kelip antara inisiatif di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat TNB di seluruh Negara di bawah kategori Pemuliharaan Alam Sekitar. Kategori lain ialah Pendidikan, Pembangunan Sukan, dan Pembangunan Komuniti.

“Di bawah Projek Pemuliharaan Kelip-kelip khususnya di Kampung Sungai Timun ini, TNB melalui Anak Syarikatnya, TNB Research Sdn. Bhd. telah memberikan komitmennya untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan di sepanjang Sungai Timun ini bagi memastikan kelip-kelip terus berkembang biak kekal berterusan bagi tatapan generasi akan datang,” katanya ketika berucap pada perasmian program Lestari Komuniti dan Alam Sekitar di sini, hari ini.

Bagi menyokong usaha pemuliharaan kelip-kelip ini, TNB juga melaksanakan program susulan seperti menanam pokok berembang di sepanjang tebing Sungai Timun bagi memastikan habitat kelip-kelip sentiasa berkembang biak demi kelangsungan keharmonian kehidupannya di sini.

Beliau berkata, pada 11 Jun lepas, TNB bersama 60 pelajar di daerah Rembau secara bergotong-royong turun padang menanam lebih 50 batang pokok berembang di sini. Adalah diharapkan usaha ini akan terus mendapat perhatian, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak di sini.

“Pada hari ini kita dapat menghimpunkan lebih 175 sukarelawan terdiri daripada para pensyarah dan mahasiswa dari tiga politeknik iaitu Politeknik Melaka, Politeknik Banting dan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail dari Pagoh, Johor. Turut serta ialah sukarelawan dari kumpulan Leadership Drive TNB, Jabatan Komuniti Tempatan dan Agensi- agensi Kerajaan Tempatan.

“Pada program kali ini sebanyak empat aktiviti akan dilangsungkan serentak iaitu penanaman pokok berembang, pembersihan sungai dan tebing sungai Timun serta naik taraf tapak semaian pokok berembang,” katanya. – BERNAMA

Tags: kelip-kelipTNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

01/12/2024
0

ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang...

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

30/11/2024
0

ALOR SETAR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd