• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Kesal Tiada Tindakan Tangani Banjir Kilat

oleh Ahmad Albab
05/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PERLIS – Penduduk di Taman Kuala Perlis di sini, hari ini kesal masalah banjir kilat yang sering berlaku di tempat mereka masih gagal ditangani menyebabkan penduduk di lebih 40 buah rumah resah setiap kali berlakunya hujan lebat.

Goh Took Yong, 66, yang mengusahakan inap desa berkata masalah itu berlaku apabila setiap kali hujan lebat, air akan masuk ke dalam rumah menyebabkan pelbagai barangan miliknya rosak dan mengalami kerugian ribuan ringgit.

“Saya yang dah duduk di taman ini lebih 20 tahun, setiap kali hujan saya terpaksa tanggung kerugian akibat air yang masuk ke dalam rumah dan bukan saya seorang saja yang kena penduduk lain pun sama,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau sebelum ini sudah mengubahsuai rumahnya dengan cara menaikkan lagi struktur bahagian rumah namun masalah titu masih belum selesai.

Beliau turut mendakwa sistem pintu air yang diseliakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang berhampiran dengan taman itu rosak selain longkang yang airnya penuh dengan cepat bila setiap kali hujan.

Seorang lagi penduduk Shahril Hafidzal Hakimin, 35, berkata sistem perparitan yang ada juga gagal menyelesaikan masalah berkenaan.

Beliau berkata JPS sepatutnya perlu memastikan sistem perparitan berfungsi dengan baik dengan melakukan penyelenggaraan secara bersistematik.

“Longkang yang kecil tidak dapat menampung jumlah air hujan yang banyak selain mengalami masalah longkang yang berbau busuk kerana ia bertakung,” katanya yang telah menetap lebih 10 tahun.

Pengarah JPS negeri Asnol Adzhan Abd Manap ketika dihubungi berkata antara masalah utama berlakunya banjir di kawasan itu disebabkan pam yang sepatutnya menyedut air ke laut rosak akibat vandalisme di samping masalah sampah sarap menjadi punca air tidak dapat mengalir ke laut dengan baik.

Berikutan itu pihaknya akan mengadakan lawatan tapak dalam masa terdekat ini bagi melihat tindakan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah berkenaan. – BERNAMA

Tags: banjir kilatPerlis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd