• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Pesakit Kanser Berhajat Ke Langkawi

oleh
04/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Dua pesakit kanser hari ini menyatakan hasrat untuk melancong ke Pulau Langkawi, Kedah sebagai permintaan terakhir mereka.

Penghidap kanser tulang Mohd Danish Iskandar Azmin, 16, dan pesakit leukemia Mohd Haziq Asyriffan Abdul Rahman, 10, kini berada di tahap empat dan telah menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Mohd Danish Iskandar berkata beliau memilih percutian ke Langkawi kerana pulau itu mempunyai persisiran pantai yang cantik.

Bapa Mohd Danish Iskandar, Azmin Abdul Aziz, 44, berkata sejak anak keduanya itu disahkan menghidap kanser awal tahun ini, kehidupan anaknya yang aktif bersukan itu berubah secara total.

“Setelah Danish menjalani pembedahan untuk membuang sel kanser tulang pada Mei tahun ini, hasil rawatan lanjut mendapati sel kanser telah merebak ke bahagian paru-paru, malah doktor menyatakan hayatnya dianggar dapat bertahan sehingga enam bulan sahaja,” kata Azmin pada sidang media, di sini hari ini.

Pengusaha kantin itu berkata mereka redha dan pasrah dengan takdir dan berharap dapat menunaikan hajat terakhir anaknya itu.

Sementara itu, bapa kepada Mohd Haziq Asyriffan, Abdul Rahman Md Desa, 36, yang hadir sama pada persidangan media itu turut berharap hasrat terakhir anak bongsunya yang disahkan menghidap kanser sejak berusia lima tahun itu dapat ditunaikan.

“Sebelum ini, Haziq ada minta nak pergi ke kampung datuk neneknya di Negeri Sembilan dan hajat itu sudah kami penuhi. Sekarang dia berhajat untuk ke Langkawi pula. Walaupun keadaan Haziq sekarang ini menampakkan perubahan sedikit positif namun, kami sekeluarga berharap hajat terakhir anak kami ini tercapai sebelum tiba masanya,” katanya.

Abdul Rahman yang bekerja sebagai pemandu lori berkata beliau kini tidak bekerja kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada Mohd Haziq Asyriffan selepas tahap kesihatan anaknya itu semakin menurun.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Sahabat Kanak-kanak Kanser Wilayah Utara, Maznah Tayib berkata pihaknya memohon masyarakat untuk menghulurkan dana bagi menampung perbelanjaan kedua-dua pesakit kanser itu di Langkawi.

“Kita harap dapat capai sumbangan sebanyak RM5,000 yang mana RM2,500 akan disumbangkan kepada tiap seorang,” katanya sambil menambah sumbangan boleh disalurkan kepada persatuan itu menerusi akaun Maybank yang bernombor 557102120607, dan akaun Bank Islam bernombor 07016010071431. – BERNAMA

Tags: kanser
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

19/07/2024
0

PUTRAJAYA - Waris dan pesakit kanser yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) di sini, berpeluang untuk mendiami Rumah...

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

16/02/2023
0

Mendakwa tidak ada masalah dengan jenama "Rahmah" yang diperkenalkan kerajaan, seorang ahli parlimen pembangkang mengaitkan kualiti makanan dengan kemungkinan risiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd