• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Bongkar Makmal Dadah Di Mantin

oleh Cj Mnh
04/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sebuah makmal dadah yang baru hendak beroperasi di Mantin, Nilai berjaya dibongkar pihak polis dalam serbuan Selasa lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin berkata dalam serbuan pada pukul 1.45 petang itu, pihak polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 2.67 kilogram yang dianggarkan bernilai RM201,250.

“Hasil maklumat orang awam, sepasukan pegawai dan anggota bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Nilai serta anggota MPV Nilai telah melakukan serbuan di sebuah bangunan tidak bernombor di Kawasan Perindustrian Ringan 1, Mantin.

“Dalam serbuan itu pihak polis turut merampas bahan-bahan dan peralatan memproses dadah dan kita percaya makmal itu baru hendak beroperasi kerana keadaan makmal ketika itu seperti baru hendak di set up,” katanya kepada media di sini hari ini.

Noor Azam berkata semasa serbuan, tiada tangkapan dibuat dan pemeriksaan lanjut oleh pihak forensik menemui 15 kesan cap jari pada barang rampasan.

Siasatan serta usaha mengesan suspek yang terlibat akan diteruskan,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, seorang suspek lelaki berusia 35 tahun yang dipercayai terlibat dengan pembunuhan seorang suri rumah di Taman Seremban Jaya pada Selasa lepas, telah ditahan di sebuah hotel bajet dekat sini pada pukul 12.30 tengah malam Rabu.

“Suspek direman tujuh hari sehingga Selasa depan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: makmal dadahSuspek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

01/09/2025
0

Ipoh: Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam letupan sebuah premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana, di...

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

27/08/2025
0

Ipoh: Polis sedang mengesan seorang suspek disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di lorong berhampiran Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd