• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

579 Aduan Pencatutan Berkaitan SST Diterima Sejak Pelaksanaan

oleh Cj Mnh
02/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sebanyak 579 aduan pencatutan berkaitan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sehingga semalam sejak cukai itu dilaksanakan 1 September lepas.

Ketua Unit Antipencatutan Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP Putrajaya, Ab Hafidz Ab Rahim berkata dalam tempoh sama sebanyak 16,310 premis dan 404,519 barangan diperiksa untuk mengelak peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.

“Operasi Catut 5.0 Fasa II menyaksikan pelbagai aduan diterima terutama berhubung kenaikan harga, hasil pemeriksaan daripada aduan tersebut sebanyak 146 notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 telah dikeluarkan.

“Berdasarkan pemantauan memang dilihat ada perubahan harga, ada naik dan ada yang turun tetapi ini dalam kawalan, KPDNHEP akan bertindak tegas terhadap peniaga yang sengaja mengambil keuntungan tidak munasabah dengan menaikkan harga barang kesan SST ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat SST di Auditorium P Ramlee, RTM di sini hari ini.

Ab Hafidz juga mengingatkan peniaga yang masih menyimpan stok lama agar tidak mengambil kesempatan menjual barangan berdasarkan elemen pencukaian SST.

“Ada barangan ‘slow moving’ contohnya tayar, perabut, barangan elektrik, alat ganti kenderaan masih dalam simpanan peniaga. Sekiranya peniaga miliki stok semasa tempoh ‘tax holiday’ yang diberi kerajaan sebelum ini, barangan atau stok lama yang masih tidak sampai ke peringkat pengguna atau peruncitan itu mesti dijual pada harga lama dan tidak boleh dikenakan elemen pencukaian SST.

“Sekiranya pengguna nampak perubahan harga boleh maklumkan kepada KPDNHEP, kita ada kuasa untuk membuat pemeriksaan rekod-rekod lama peniaga dan sekiranya berlaku kesalahan tindakan boleh diambil,” katanya. – BERNAMA

Tags: pencatutanSST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Struktur SST Dikekalkan, Beri Impak Fiskal Lebih Pantas Kepada Kerajaan

Struktur SST Dikekalkan, Beri Impak Fiskal Lebih Pantas Kepada Kerajaan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengekalkan struktur Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada, sambil melaksanakan penambahbaikan bagi memastikan sistem percukaian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd