• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaunter Pertanyaan SST Akan Dibuka Mulai 2 Okt

oleh Ahmad Albab
30/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR– Kementerian Kewangan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan membuka kaunter pertanyaan berkaitan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mulai 2 Okt ini di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan, Kelana Jaya.

Langkah itu bertujuan memudahkan pihak berkepentingan daripada pelbagai sektor perdagangan dan industri memberikan sebarang maklum balas mahupun aduan berkaitan pelaksanaan SST.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kaunter pertanyaan tersebut akan beroperasi setiap minggu, Isnin sehingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 1 petang.

“Sebanyak 10 kios dan 12 kaunter akan beroperasi sepanjang waktu ini. Kita juga telah melantik dua pegawai dari Pejabat Menteri Kewangan untuk menangani sebarang aduan serta mengambil pandangan dan pertanyaan sepanjang kaunter ini dibuka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dua pegawai itu ialah akauntan bertauliah, Datuk Ooi Kok Seng serta bekas Ketua Pegawai Kewangan syarikat antarabangsa, Toh Yen Kee.

Kedua-dua pegawai khas ini akan berada di kaunter pertanyaan tersebut untuk membantu orang awam sehingga bilangan aduan berkurangan, katanya.

Setakat ini, 18 sesi taklimat soal jawab SST telah diadakan di seluruh negara yang dihadiri lebih 15,000 peserta.

Setelah menerima maklum balas daripada mereka, Kementerian Kewangan bersama JKDM juga telah memutuskan untuk menurunkan kadar cukai SST daripada 10 peratus kepada lima peratus untuk tayar pneumatik dan motosikal elektrik. – BERNAMA

Tags: kaunterSST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Struktur SST Dikekalkan, Beri Impak Fiskal Lebih Pantas Kepada Kerajaan

Struktur SST Dikekalkan, Beri Impak Fiskal Lebih Pantas Kepada Kerajaan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengekalkan struktur Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada, sambil melaksanakan penambahbaikan bagi memastikan sistem percukaian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd