• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan Terakhir MALBATT 850-5 Tiba Di Tanah Air

oleh
29/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG – Kumpulan terakhir Malaysian Battalion 850-5 (MALBATT 850-5) tiba di tanah air hari ini selepas menamatkan misi pengaman selama setahun di Lubnan.

Kumpulan seramai 192 pegawai dan anggota itu tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini pada 5.40 petang dan disambut Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Kontinjen MALBATT 850-5 yang keseluruhannya dianggotai 850 anggota memulakan misi United Nations Interim Force in Lebanon pada 20 Sept, 2017 dan menamatkan perkhidmatan pada Isnin lepas (24 Sept).

Kumpulan pertama, kedua dan ketiga telah kembali ke tanah air secara berperingkat bermula 7 Sept lepas.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Strategik Kementerian Pertahanan, kontinjen MALBATT 850-5 mempamerkan disiplin dan mutu kerja cemerlang serta membuktikan keupayaan sebagai Angkatan Tentera Malaysia.

“Kontinjen ini berjaya mengekalkan reputasi baik selaku pasukan pengaman yang disegani masyarakat setempat dan antarabangsa,” kata kenyataan yang dikeluarkan pada Majlis Sambutan Kepulangan Kumpulan MALBATT 850-5 di sini.

Kontinjen MALBATT 850-5 dengan rasminya telah menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada MALBATT 850-6 yang diketuai Kol Azhan Md Othman, menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: MALBATT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota MALBATT Di Lubnan Selamat, Tahap Keselamatan Dipertingkat Susulan Serangan Mortar

Anggota MALBATT Di Lubnan Selamat, Tahap Keselamatan Dipertingkat Susulan Serangan Mortar

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan seluruh anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang melaksanakan misi pengaman di...

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang melaksanakan tanggungjawab di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd