• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota MALBATT Di Lubnan Selamat, Tahap Keselamatan Dipertingkat Susulan Serangan Mortar

oleh Mynewshub
05/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Anggota MALBATT Di Lubnan Selamat, Tahap Keselamatan Dipertingkat Susulan Serangan Mortar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan seluruh anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang melaksanakan misi pengaman di Selatan Lubnan berada dalam keadaan selamat dan tidak terjejas susulan insiden bedilan mortar yang berlaku di kawasan UNP 7-2 (SPANBATT), Sektor Timur, pada 3 Jun lalu.

ATM dalam satu kenyataan memaklumkan, insiden yang berlaku pada pukul 11.20 malam waktu tempatan itu mengakibatkan tiga anggota pengaman daripada Spanish Battalion (SPANBATT) cedera, dengan seorang daripadanya disahkan meninggal dunia pada pagi 4 Jun.

Sehubungan itu, ATM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota SPANBATT yang terkorban serta mendoakan agar anggota yang cedera diberikan kesembuhan segera.

Menurut ATM, sebarang bentuk serangan termasuk tembakan tidak langsung terhadap pasukan pengaman merupakan pencabulan serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

“ATM menegaskan pendirian bahawa keselamatan pasukan pengaman antarabangsa perlu dihormati dan dilindungi selaras dengan mandat yang diberikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” menurut kenyataan itu.

Sebagai langkah tindak balas terhadap perkembangan semasa, ATM memaklumkan profil keselamatan dan perlindungan pangkalan bagi kontinjen MALBATT 850-13 telah dipertingkatkan serta-merta ke tahap amaran tertinggi, iaitu Status Level Red.

Selain itu, semua pergerakan rondaan turut digantung sementara waktu, manakala pasukan kini beroperasi di bawah Prosedur Operasi Standard (SOP) dan Rules of Engagement (ROE) pertahanan paling ketat yang ditetapkan oleh Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

ATM berkata, melalui Markas Angkatan Bersama (MK AB), pihaknya terus memantau situasi operasi secara berterusan bagi memastikan tahap keselamatan tertinggi dapat dikekalkan ke atas setiap anggota MALBATT yang sedang melaksanakan mandat negara di zon konflik tersebut.

Malaysia ketika ini menempatkan MALBATT 850-13 sebagai sebahagian daripada pasukan pengaman UNIFIL yang berperanan membantu mengekalkan keamanan dan kestabilan di Selatan Lubnan. – MYNEWSHUB

Tags: ANGGOTAletupanLubnanMALBATTmortarselamat
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd