• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang melaksanakan tanggungjawab di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) kekal berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keutamaan Kementerian Pertahanan (Mindef) tertumpu kepada keselamatan anggota MALBATT walaupun pelaksanaan gencatan senjata selama 10 hari antara kerajaan Lubnan dan Israel mula berkuat kuasa hari ini.

“Perkembangan ini dilihat sebagai suatu langkah positif selepas ketegangan yang berlaku sejak kebelakangan ini. Bagaimanapun keadaan keselamatan di lapangan masih tidak menentu susulan laporan berhubung beberapa insiden pelanggaran gencatan senjata di selatan Lubnan.

“Semua pihak perlu menghormati sepenuhnya perjanjian yang telah
dipersetujui demi mengelakkan ketegangan kembali memuncak,” katanya dalam satu kenyataan media.

Mohamed Khaled berkata, semua anggota MALBATT setakat ini dilaporkan selamat dan terus melaksanakan tugas selaras mandat yang diberikan.

Menurut beliau, Mindef melalui Markas Angkatan Bersama akan memantau rapat perkembangan situasi keselamatan semasa bersama UNIFIL dan pihak berkaitan.

“Sebarang pelarasan operasi akan dibuat berdasarkan arahan
UNIFIL serta penilaian keadaan di lapangan.

“Mindef berharap gencatan senjata ini akan dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak dan menjadi asas kepada penyelesaian yang berkekalan melalui rundingan serta saluran diplomasi demi keamanan serantau,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordingencatan senjataIsraelLubnanMALBATTmenteri pertahananMindefSiap Siaga
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Lawat Anggota MALBATT 850-13 Di Kem Marakah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Lawat Anggota MALBATT 850-13 Di Kem Marakah

01/10/2026
0

LEBANON - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meluahkan rasa tersentuh melihat sendiri semangat, disiplin dan dedikasi anggota Batalion...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Hadir Sambutan Hari Kebangsaan ke-96 Kerajaan Arab Saudi

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Hadir Sambutan Hari Kebangsaan ke-96 Kerajaan Arab Saudi

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Hubungan Malaysia dan Arab Saudi terus melangkah ke hadapan berteraskan keakraban serta kepercayaan yang telah lama terbina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd