• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nik Aziz Pamer Ketokohan Kepimpinan Agama – Pas Labuan

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Kepimpinan PAS Labuan menyifatkan pemergian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai kehilangan yang tiada penggantinya.

Yang Dipertua PAS Labuan Amir Zahari berkata meskipun kehilangan pemimpin ikonik dan berkarisma yang menjadi teladan dalam kalangan barisan kepimpinan, PAS tidak melihat kepada kepincangan parti memandangkan corak kepemimpinan Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz sedikit-sebanyak telah diwarisi.

“Sudah semestinya tidak akan ada pengganti atau yang mampu mencorakkan dan membentuk kerangka barisan kepimpinan parti, tetapi masih ada yang mewarisi kualiti kepimpinan Tok Guru. Legasi kepimpinan beliau tetap diingati,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amir berkata sikap rendah diri yang terbentuk ketika Allahyarham mengikuti pengajian sekolah pondok sehingga meneruskan pengajian ke luar negara, sekali gus membentuk kepimpinannya sebagai tokoh pemimpin agama dan menjadikan beliau seorang pemimpin yang berbeza.

“Beliau juga tidak pernah memperlihatkan sikap ketidakadilan dalam memimpin setiap bahagian parti sama ada yang jauh atau yang dekat dari Kelantan dan ini membuatkan kami tidak terasa terasing dalam parti,” katanya.

Katanya, sepanjang pengalaman beliau dalam menerajui kepimpinan PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz dianggap sebagai pemimpin yang mengotakan setiap apa yang dizahirkannya.

“Barisan kepimpinan PAS Labuan sempat berkunjung ke rumah beliau ketika beliau masih memegang jawatan Menteri Besar dan membawa talam menghidangkan minuman kepada kami, membuatkan kami pemimpin di peringkat bawahan ini berasa amat hormat kepada beliau,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Labuan yang juga bekas calon PAS Labuan dalam pilihan raya umum ke-13, Hadnan Mohamad berkata ketokohan agama yang dimiliki Allahyarham Nik Abdul Aziz dalam memimpin parti akan terus menjadi teladan barisan kepimpinan parti.

“Meskipun perbezaan ideologi politik, beliau juga mendapat penghormatan dalam kalangan pemimpin parti lain,” katanya.

Allahyarham Nik Abdul Aziz menghidap kanser prostat tahap empat meninggal dunia di kediaman beliau di Pulau Melaka, pada 9.40 malam tadi. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerja Kilang Demi Kumpul Wang Ke Universiti

Kerja Kilang Demi Kumpul Wang Ke Universiti

12/10/2026
0

GERIK - Seorang anak muda dari Kampung Bandariang, Gerik, Perak yang sanggup bekerja di kilang demi mengumpul wang untuk melanjutkan...

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Permohonan Perikatan Nasional (PN) bagi mengenepikan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menggantung semua kegiatan gabungan politik itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd