• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Surirumah, Menantu & Rakan Bebas Tuduhan Bunuh

oleh Ahmad Albab
27/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang surirumah berusia 55 tahun, menantunya dan rakan lelaki itu terlepas daripada hukuman mati, selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan mereka daripada pertuduhan membunuh suami wanita itu, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Azman Husin memutuskan sedemikian terhadap R. Yagavali, menantunya P. Gunalan, 33, dan rakan Gunalan, P. Keeshor Kumar, 24, selepas berpuas hati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakiman ringkasnya, hakim Azman turut berpuas hati bahawa Gunalan yang diwakili peguam A. Komathi dan Keeshor Kumar yang diwakili peguam V. Ayasamy berjaya membuktikan alibi masing-masing iaitu ketika kejadian kedua-dua mereka menghadiri pengebumian majikan Gunalan.

“Pada akhir kes pembelaan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah, justeru ketiga-tiga tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan,” katanya.

Yagavali yang diwakili peguam M. Manoharan, Gunalan dan Keeshor Kumar didakwa bersama-sama membunuh P. Sukumaran, 62, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sungai Sedu, Banting dekat sini, antara pukul 1.30 pagi dan 6 pagi pada 5 Okt 2013.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Bedah siasat menunjukkan Sukumaran meninggal dunia disebabkan cedera parah di bahagian leher akibat dikelar.

Sepanjang perbicaraan bermula 17 Mac 2016, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lokman Kasim memanggil 17 saksi sementara pembelaan mengemukakan empat orang saksi. – BERNAMA

Tags: bunuhsuri rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

12/05/2026
0

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej...

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd