• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LHDN Komited Beri Pendidikan Cukai Kepada Majikan

oleh
26/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – ​​​​​​Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui program Tunjuk Ajarku Sifu “Saya Majikan Bijak” terus komited memberikan pendidikan cukai kepada majikan serta orang awam dalam melaksanakan tanggungjawab percukaian.

Program yang memberi fokus kepada pematuhan undang-undang cukai dalam kalangan majikan kerajaan dan swasta itu melibatkan lebih 500 orang peserta dari sekitar Lembah Klang, berlangsung di Dewan Bangsawan, Menara Hasil, Cyberjaya, semalam.

Melalui program yang menggunakan kaedah ‘mentor-mentee’ itu, peserta berpeluang untuk mengemaskini pengetahuan mereka dan mendapat tunjuk ajar dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa menguruskan hal-hal berkaitan dengan percukaian pekerja.

Program yang menyediakan ruang interaksi antara pegawai pakar LHDN dan peserta dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDN, Datuk Mohd Nizom Sairi.

Mohd Nizom berkata melalui program tersebut peserta dapat berjumpa secara terus dengan ‘Sifu’ (pegawai pakar LHDN) yang mempunyai pengalaman luas dalam isu-isu berkaitan dengan majikan.

“Disamping itu, ia turut menjadi medan bagi LHDN mendengar sendiri isu-isu yang dibangkitkan oleh majikan berkaitan perihal percukaian pekerja.

“Pendekatan melibatkan pembayar cukai sebegini akan diteruskan lagi pada masa hadapan dalam usaha LHDN meningkat pematuhan cukai secara sukarela dalam kalangan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan. – BERNAMA

Tags: LHDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

18/03/2026
0

CYBERJAYA, 18 Mac 2026 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengesahkan bahawa individu yang tersilap menandakan ruangan “Cukai ditanggung...

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Persoalan hukum sama ada waris individu yang sudah meninggal perlu membayar tunggakan cukai pendapatan ditinggalkan si mati terjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd