• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Desak Myanmar Dakwa Pelaku Kekejaman Rohingya

oleh Cj Mnh
26/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Komuniti antarabangsa perlu bersatu bagi menggesa suruhanjaya siasatan bebas Myanmar untuk membawa pencabul hak asasi manusia di wilayah konflik Rakhine ke muka pengadilan.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Kennedy Jawan, berkata, masyarakat antarabangsa sewajarnya bekerjasama bagi mendesak kerajaan Myanmar mengutamakan hak asasi manusia sekali gus memberi peluang kepada masyarakat Rohingya untuk menjalani kehidupan tanpa ketakutan.

“Malaysia sekeras-kerasnya mengutuk keganasan dan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh ekstremis terhadap kaum berkenaan, malah kita ingin ulangi bahawa akauntabiliti serta keadilan amat diperlukan sebagai langkah penyelesaian jangka masa panjang bagi menangani krisis ini.

“Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) bertanggungjawab untuk mewujudkan mekanisme kehakiman antarabangsa bagi perbicaraan terhadap individu yang paling bertanggungjawab terhadap jenayah ini.

“Ini juga adalah pandangan majoriti ahli UNSC yang dinyatakan ketika taklimat terbuka yang diadakan pada 28 Ogos lalu di New York,” katanya dalam satu kenyataan yang dibacakannya sempena mesyuarat pertama menteri kumpulan kerja antarabangsa Myanmar, semalam.

Setakat ini, kerajaan Malaysia sudah membantu seramai 139,743 rakyat Myanmar dan 77,133 daripadanya adalah pelarian Rohingya.

Kennedy berkata, Laporan Misi Fakta Pencarian Antarabangsa Bebas Pertubuhan Bangsa Bersatu jelas menggambarkan jenayah yang dilakukan terhadap etnik Rohingya selaras dengan apa yang digariskan dalam Konvensyen Pembunuhan Beramai-Ramai 1948 dan Myanmar adalah ahlinya.

“Justeru, kerajaan Myanmar bertanggungjawab untuk mengambil tindakan ke atas pelaku kekejaman di bawah undang-undang antarabangsa, terutamanya di Rakhine,” katanya.

Berdasarkan bukti yang dikumpulkan oleh Amerika Syarikat (AS), pasukan keselamatan Myanmar didapati melakukan kekejaman terhadap masyarakat Rohingya antaranya pembunuhan beramai-ramai dan merogol.

Laporan berkenaan dikeluarkan oleh Jabatan Negara selepas AS mengumumkan tambahan dana berjumlah AS$185 juta (RM764 juta) ke atas pelarian Islam Rohingya di Bangladesh dan Myanmar ketika mesyuarat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.

Berdasarkan laporan terbabit, seramai 1,024 pelarian Rohingya yang berlindung di Bangladesh mengakui kekejaman yang berlaku selari dengan laporan yang dikeluarkan oleh kumpulan hak asasi manusia dalam temubual yang berlangsung pada April lalu.

Taktik pembunuhan yang dilakukan anggota tentera dan penduduk awam juga dilaksanakan secara terancang, antaranya mengurung penduduk di dalam rumah sebelum dibakar, melepaskan tembakan beramai-ramai dan menenggelamkan bot yang dinaiki ratusan pelarian. – BH Online

Tags: Etnik RohingyaMyanmar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kami Hanya Menumpang Sementara Di Malaysia, Nanti Kami Akan Pulang Ke Myanmar – Majlis Ulama Rohingya

Kami Hanya Menumpang Sementara Di Malaysia, Nanti Kami Akan Pulang Ke Myanmar – Majlis Ulama Rohingya

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Majlis Ulama Rohingya (MUR) menegaskan komuniti Rohingya yang berada di Malaysia tidak berniat untuk menetap...

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd