• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggunaan Bot Pam Masih Diteliti – Polis Sabah

oleh Ahmad Albab
25/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Isu penggunaan bot pam di perairan Sabah khususnya di pantai timur negeri itu masih diteliti oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah.

Beliau berkata setakat ini kebenaran hanya diberikan kepada nelayan kecil bagi menangkap ikan di kawasan pesisir pantai, bukan di laut.

“Kita akan akur terhadap sebarang keputusan yang diambil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara perbarisan dan amanat Pesuruhjaya Polis Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kepayan, di sini hari ini.

Pengharaman bot pam itu itu dikuatkuasakan pada April 2016 khususnya bertujuan mengekang penggunaan bot tersebut oleh warga asing dalam usaha meningkatkan keselamatan di kawasan perairan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone).

Bagaimanapun pada 23 Mei lalu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membenarkan semula penggunaan bot pam di kawasan pesisir pantai bagi membantu golongan nelayan mencari rezeki.

Mengulas perkembangan lain, Omar berkata pihaknya belum menerima laporan daripada pelakon yang mendakwa hampir menjadi mangsa culik ketika menjalani penggambaran filem di Semporna baru-baru ini.

“Kita telah minta kepada beliau (pelakon) untuk membuat laporan polis tapi setakat ini tiada laporan polis dibuat cuma membuat kenyataan di dalam media dan sekiranya betul ada cubaan menculik buatlah laporan polis,” katanya.

Bulan lepas, akhbar melaporkan pelakon Hairul Azreen dan Ammar Alfian mendakwa mereka hampir menjadi mangsa culik lanun ketika menjalani penggambaran filem Paskal di Semporna. – BERNAMA

Tags: botpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd