• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mi Segera, Biskut Menu 7 Beranak

oleh Ahmad Albab
25/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Bukan mudah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal yang perlu membesarkan enam anak, tambahan pula dirinya menghidap talasemia.

Namun, itu yang terpaksa ditempuhi Norlizah Abd Nazer, 32, dari Bukit Rambai di sini, selepas berpisah dengan suaminya enam bulan lalu.

Disebabkan kesempitan hidup, Norlizah berkata, anaknya sering berlapar dan dia hanya mampu menghidangkan mi segera dan biskut untuk menahan lapar.

Malah, keluarga itu juga dikatakan selalu makan sekali sehari untuk berjimat.

“Saya tiada sumber pendapatan dan hanya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) masing-masing berjumlah RM450 dan RM200.

“Malah, saya bersama anak yang berusia tiga hingga 10 tahun hanya mampu menyewa sebuah bilik kecil di atas sebuah rumah kedai dengan kadar RM300 sebulan.

“Bantuan yang saya dapat itulah untuk membayar sewa bilik, selebihnya untuk membeli makanan, tetapi perlu berjimat sebab empat anak saya sudah bersekolah,” katanya pada program Masih Ada Yang Sayang anjuran Hotel Ramada Plaza bersama Koperasi Persatuan Ibu Tunggal Melaka (KoPrestij) di bilik sewanya di sini, kelmarin.

Turut hadir, Pengurus Besar Ramada Plaza Melaka Klaus Sennik dan Penasihat KoPrestij Amir Hamzah Aziz.

Dalam lawatan itu, ibu tunggal terbabit menerima barangan makanan, keperluan harian dan wang tunai.

Difahamkan, kerajaan negeri juga bersetuju menempatkan Norlizah bersama anaknya di Rumah Pangsa Padang Jambu di bawah jagaan MAIM dalam tempoh terdekat.

Norlizah berkata, dia juga sering pitam dan pening kepala disebabkan penyakit dialaminya itu sejak lima tahun lalu.

“Penyakit ini menimpa saya selepas menjalani pemindahan darah di hospital ketika melahirkan anak kelima, lima tahun lalu.

“Sejak itu, saya sering sakit kepala dan perlu menjalani rawatan secara berkala di Hospital Melaka,” katanya.

Sementara itu, Sennik berkata, program berkenaan adalah sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) hotel berkenaan dan ia akan diteruskan pada masa akan datang. – myMetro Online

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: bantuanibu tunggal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd