• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Tinggal Dalam Timbunan Sampah Lebih 10 Tahun

oleh Ahmad Albab
25/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Sejak lebih 10 tahun lalu, seorang wanita hidup dalam timbunan sampah sarap dalam rumahnya di Kampung Bendang Pak Yong, di sini.

Wan Hafsah Che Awan, 39, yang mengalami masalah mental sejak remaja, tinggal di rumah itu berseorangan selepas kematian ibu dan bapa angkatnya sejak 15 tahun lalu.

Keadaan dalam rumah itu teruk bermula dari tangga hingga ke dalam rumah dengan timbunan sampah sarap yang terdiri daripada sisa dan bekas makanan serta minuman.

Menurut jirannya Che Umar@Musa Isa, 68, paling menjijikan apabila najis Wan Hafsah juga terselit antara timbunan sampah itu.Katanya Wan Hafsah kerap berjalan bersendirian dan adakalanya sehingga ke Pengkalan Kubor yang jaraknya kira-kira lima kilometer dari rumahnya.

“Selalunya sesiapa yang mengenali Wan Hafsah akan segera menghubungi saya supaya datang mengambilnya di mana-mana lokasi dia ditemui.

“Kami bimbangkan keselamatannya kerana dia perempuan, tapi sudah tabiatnya suka berjalan malah adakalanya keluar separuh bogel,” katanya ketika ditemui di sini.

Che Umar berkata, setiap hari Wan Hafsah akan berjalan dan akan berhenti di kedai kopi apabila merasa lapar seterusnya membawa pulang makanan itu untuk dimakan di rumah yang menyebabkan sampah hasil sisa makanan dan minumannya terus menimbun.

Katanya, ada juga penduduk yang datang membersihkan sampah sarap di rumah Wan Hafsah termasuk memandikannya apabila melihat keadaannya sangat busuk dan rumah yang kotor.

Menurut Che Umar, ibu bapa kandung Wan Hafsah berasal dari Narathiwat, Thailand dan dia diambil sebagai anak angkat sebaik dilahirkan.

Che Umar berkata, sudah dua kali dia membawa Wan Hafsah mendapatkan rawatan di Jabatan Psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) namun keadaannya tidak berubah dan doktor menasihatinya membawa Wan Hafsah pulang.

“Saya pernah memohon untuk mendapatkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuknya tapi gagal disebabkan dia bukan berstatus penduduk tetap biarpun sudah hampir 40 menetap di sini.

“Saya buntu memikirkan bagaimana cara untuk membantunya namun mengharapkan ada pihak yang boleh mengusahakan agar Wan Hafisahdibawa ke rumah perlindungan,” katanya. – BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: SampahWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

2 Doktor Bertugas Di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Mersing

2 Doktor Bertugas Di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Mersing

29/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor menjelaskan terdapat dua doktor bertugas semasa seorang wanita membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd