• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NPC: Kanser Paling Lazim Kalangan Kaum Cina Malaysia

oleh Cj Mnh
24/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nasopharyngeal Carcinoma (NPC) sejenis kanser hidung yang paling lazim dihidapi kalangan kaum Cina Malaysia, diikuti Melayu dan India, kata ​​​​​​​Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) yang juga Pakar Bedah Kepala dan Leher Hospital Pantai Ipoh, Dr Rekha Balachandran.

Beliau berkata kaum Bidayuh di Sarawak juga berisiko menghidap NPC.

“Keturunan, gaya hidup dan jangkitan virus Epstein-Barr (EBV) adalah faktor yang menyebabkan kanser.

“Mempunyai anggota keluarga rapat yang menghidap NPC meningkatkan risiko menghidap penyakit itu, dan pengambilan makanan yang diawet seperti sayur-sayuran berjeruk dan ikan kering turut menyumbang kepada masalah ini,” katanya kepada Bernama dalam temu bual hari ini.

Kanser NPC bermula di nasofarinks, bahagian atas tekak di belakang hidung dan berhampiran pangkal tengkorak.

Semalam, laporan mengenai pemain badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei yang didiagnosis dengan kanser hidung peringkat awal telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia terkejut, dan menyampaikan beribu-ribu mesej positif yang mendoakan agar beliau segera sembuh.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata Chong Wei kini berada di Taiwan menjalani rawatan, sambil berehat dan memulihkan diri, ditemani anggota keluarga dan rakan rapatnya.

Menjelaskan lebih lanjut, Dr Rekha berkata NPC bermula dengan bengkak di bahagian leher yang tidak menyakitkan dan pesakit diminta mendapatkan nasihat doktor sekiranya benjolan itu lebih dari tiga minggu.

“Kedua, adalah pendarahan di bahagian hidung. Kadang-kadang apabila menghembus hidung secara berterusan, ia akan mula berdarah. Hidung yang tersumbat dan kurang pendengaran terutamanya sebelah telinga sahaja, juga merupakan simptom,” ujar beliau.

Bagaimanapun Dr Rekha berkata NPC adalah kanser yang boleh dirawat jika dikesan pada peringkat awal.

“Kadar kelangsungan hidup lima tahun sebenarnya agak tinggi kerana tahap awal NPC, peringkat satu dan dua, kadar survival adalah 80 hingga 85 peratus. Saya secara peribadi melihat beberapa pesakit NPC bertahan lebih daripada lima tahun…10 dan 20 tahun. Selagi ia dapat dikesan sebelum tumor merebak dan membesar,” katanya.

Menurut Dr Rekha, penghidap NPC sukar didiagnosis lebih awal kerana simptomnya agak lemah kerana ia tidak menyakitkan.

“Mungkin pesakit yang mempunyai gejala sedemikian tidak pergi berjumpa doktor kerana mereka berpendapat ia tidak berbahaya, dan tumor pula tumbuh di tempat yang tidak dapat dilihat atau tersembunyi, jadi pesakit tidak menyedarinya,” katanya.

Mendefinisikan NPC sebagai ‘nasib cabutan’ Dr Rekha berkata ia sukar untuk dijangka siapa yang akan didiagnosis dengannya, tetapi mengamalkan gaya hidup sihat akan membantu melambatkan risiko.

“Mengurangkan atau menghapuskan beberapa jenis makanan boleh menurunkan risiko NPC. Diet sepatutnya seimbang, makan lebih banyak sayur-sayuran segar dan buah-buahan serta elakkan makanan yang diawet,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kaum CinaNPC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Orang Muda Dah Tak Reti Tulis Jawi”

17/09/2021
0

KUALA LUMPUR - "Jawi adalah sebahagian bahasa kita, orang Malaysia patut tahu, sayang sekali ramai anak muda hari ini sudah...

MCA Buka Keahlian Kaum Lain, Turunkan Usia Keanggotaan

02/12/2019
0

KUALA LUMPUR - MCA meminda perlembagaannya bagi membenarkan kalangan bukan kaum Cina menjadi anggota ahli bersekutu parti itu, di samping...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd