• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denda Atau Penjara Beri Makan Merpati Di Tempat Awam

oleh Cj Mnh
21/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Pengunjung ke Thailand perlu berwaspada kerana memberi makan burung merpati di tempat awam kini boleh menyebabkan mereka dilanda masalah besar berikutan langkah kerajaan memperketatkan peraturan melarang amalan itu ekoran kebimbangan yang memuncak berhubung masalah kesihatan dan populasi burung itu yang membiak dengan pantas.

Mereka yang melanggar peraturan itu boleh didenda 25,000 Baht (kira-kira RM3,125) atau lebih buruk lagi, menjalani hukuman penjara tiga bulan.

Tindakan tegas terhadap perbuatan memberi makan merpati di tempat awam itu diambil selepas Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha mengeluarkan arahan pada Rabu, supaya Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) dan pihak berkuasa tempatan yang lain supaya menegah amalan itu.

“Perdana Menteri mengarahkan semua agensi supaya mencari kaedah untuk membersihkan kawasan berkenaan tetapi burung merpati itu tidak boleh diapa-apakan,” menurut media tempatan yang memetik jurucakap kerajaan, Lt Jen Sansern Kaewkamnerd.

Orang ramai, kata beliau, tidak akan dibenarkan memberi makan burung di tempat awam sebagai satu cara untuk mengurangkan jumlah merpati di setiap lokasi, manakala pentadbiran di peringkat wilayah diminta menyediakan kawasan khas untuk memberi makan burung.

Para pegawai bimbang merpati itu mungkin menjadi pembawa penyakit dengan menyebarkannya menerusi najisnya, pada masa sama populasi burung itu yang pantas membiak telah mengakibatkan gangguan kepada orang ramai.

Media tempatan melaporkan para pegawai haiwan ternakan mula menangkap burung di Bangkok semalam, walaupun ketika orang ramai terus memberi makan kepada merpati disebabkan berita tentang arahan terkini itu belum tersebar luas.

Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang dilaporkan berkata bandar raya itu tidak mahu menguatkuasakan undang-undang berkenaan, sebaliknya hanya mengenakan hukuman yang tegas sebagai suatu amaran dan bertujuan mendidik.

“Kami hanya mahu menggunakan undang-undang ini untuk memberi amaran dan mendidik masyarakat,” katanya, manakala pegawai dewan bandaraya pula bertegas bahawa cara terbaik untuk mengawal populasi merpati ini adalah dengan tidak memberi makan kepada burung itu.

Arahan turut dikeluarkan kepada 50 daerah di Bangkok supaya mencari jalan untuk mengurangkan populasi merpati di kawasan masing-masing. – BERNAMA

Tags: merpatiPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi...

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd