• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saifuddin Nafi PKR Berpecah, Mahu Bergabung Dengan UMNO

oleh Ahmad Albab
21/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini menafikan khabar angin parti itu akan berpecah dua dengan satu kumpulan bergabung bersama pembangkang, khususnya UMNO.

“Idea untuk bergabung dengan UMNO tidak timbul sama sekali dan tohmahan bahawa PKR akan berpecah kepada dua, tiga, empat ini telah dihadapi seawal kita tubuhkan parti 20 tahun dulu,” katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, Saifuddin Nasution yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu.

Mengulas lanjut, beliau menganggap ‘cerita’ perpecahan PKR itu berpunca daripada keanggotaan parti sendiri yang merangkumi kelompok badan bukan kerajaan, bekas anggota UMNO, aktivis dan pemimpin masyarakat.

Perbezaan dan kelompok inilah yang sebenarnya menjadi kekuatan PKR, katanya.

Pada masa sama beliau membidas tindakan segelintir pihak yang menyifatkan pertandingan merebut jawatan dalam parti sebagai punca perpecahan PKR.

“Kalau pihak yang menawarkan diri bertanding merebut jawatan dalam parti dilihat sebagai punca perpecahan, pilihan lain apa yang ada,” katanya, menambah pemilihan parti adalah satu proses biasa dalam amalan demokrasi.

Yang penting katanya setiap yang bertanding menjaga adab dan tertib.

Sebelum ini, tular satu mesej menyatakan PKR akan berpecah dua dengan satu kumpulan bersama UMNO menubuhkan Barisan Harapan Malaysia yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala satu lagi akan menganggotai Pakatan Harapan Malaysia yang diketuai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – BERNAMA

Tags: PKRUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

21/05/2026
0

MELAKA - Seorang pemimpin cabang Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri menegaskan beliau akan kekal menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri...

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd