• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makyung “Anak Raja Tangkai Hati” Di Matic 28 & 29 Sept Ini

oleh Cj Mnh
20/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan menganjurkan pementasan Teater Tradisional Makyung “Anak Raja Tangkai Hati” di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur pada 28 dan 29 Sept ini.

Pengarah JKKN Kelantan Jasmi Rasit berkata teater itu akan dipersembahkan oleh Kumpulan Makyung Kijang Emas, satu-satunya kumpulan kesenian Makyung yang diselia sepenuhnya oleh jabatan tersebut sejak 2006.

“Penubuhan kumpulan ini adalah hasil daripada Program Perantisan Makyung mulai 2005 oleh JKKN Kelantan dalam usaha untuk memelihara dah memartabatkan kesenian Makyung agar teater tradisional ini terus popular dan mempunyai pelapis yang akan mewarisi seni ini,” katanya kepada Bernama ketika hadir di Pra Tonton Persembahan Makyung ‘Anak Raja Tangkai Hati’ di Kompleks JKKN Kelantan di sini, hari ini.

Jasmi berkata apa menguatkan lagi usaha dan hasrat pihaknya ialah apabila kesenian Makyung diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) dalam senarai Warisan Tak Ketara sebagai “Masterpiece of the Oral and Intangible Heritage of Humanity” pada November 2005.

“Kumpulan Makyung Kijang Emas terdiri daripada 22 orang anggota dibawah bimbingan penggiat makyung Ruhani Mohd Zin dan telah berjaya mementaskan beberapa siri persembahan dan jelajah ke seluruh negara,” katanya.

“Antaranya menerusi KL Festival , Siri Teater Tradisional Malaysia, selain pentas antarabangsa di Singapura, Taiwan dan Thailand melalui Program Kelantan Food Promotion (2012), Taipei International Travel Fair (2013) dan Pentas Kebudayaan Dua Negara Malaysia-Thailand (2014-2016).

“Sepanjang penubuhannya, lebih 10 daripada cerita hikayat berjaya dipentaskan oleh kumpulan ini dan telah dianugerahkan sijil penghargaan sebagai kumpulan Kesenian Tradisional Sokongan Industri Pelancongan Negeri Kelantan,” katanya.

Harga tiket bagi menyaksikan persembahan itu ialah RM20 dan RM50 bagi tiket premium, boleh dibeli melalui talian hotline 03-26148261, 012-5186452, dan 03-26148214. – BERNAMA

Tags: MakyungMATIC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Persahabatan Utuh Punca Spider Bertahan Dua Dekad

04/03/2018
0

WALAUPUN sudah dua dekad menapak dalam industri hiburan negara, keutuhan yang dimiliki oleh kumpulan Spider tidak dapat disangkal lagi. Biarpun...

MSAF 2015 Platform Serlah Bakat Pengkarya Tempatan

26/10/2015
0

BULAN November ini merupakan detik yang ditunggu-tunggu oleh semua pencinta seni jalanan, karyawan, artis serta orang ramai yang terlibat dalam memeriahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd