Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Op Patkor Malindo Perkukuh...

LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus menyemarakkan ikatan kerjasama pertahanan maritim bersama...

Malaysia Harap Pergolakan Tak...

KUALA LUMPUR - Malaysia berharap krisis yang berlaku di antara Qatar dan beberapa...

KPDNKK Keluarkan 3 Notis...

KOTA KINABALU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah telah...

Penganjuran Sukim Wajar Diteruskan...

TANJUNG MALIM - Penganjuran Sukan India Malaysia (Sukim) dilihat wajar diteruskan bagi mengetengahkan...

MSAF 2015 Platform Serlah Bakat Pengkarya Tempatan

BULAN November ini merupakan detik yang ditunggu-tunggu oleh semua pencinta seni jalanan, karyawan, artis serta orang ramai yang terlibat dalam memeriahkan MaTiC Street Arts Festival (MSAF) 2015 yang julung kali diadakan di Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).

Festival Seni Jalanan atau dikenali sebagai ‘Street Arts Festival’ bukanlah suatu yang asing di mata dunia. Beberapa negara lain telah lama mengadakan program seperti ini yang ternyata dilihat sebagai salah satu usaha baik dalam memperkasakan industri pelancongan dan kebudayaan negara.

Festival yang akan berlangsung pada 7 hingga 8 November 2015 ini bertujuan untuk mengetengahkan keunikan seni dan budaya masyarakat Malaysia khususnya masyarakat bandar atau urban yang merupakan salah satu trend hidup terkini. Ianya mampu menjadi satu platform untuk menyerlahkan bakat para seniman, artis dan karyawan serta memberi ruang untuk mempertontonkan karya mereka kepada orang ramai. Selain itu, festival seperti ini dapat membuka peluang perniagaan kepada usahawandalam industri kreatif dan makanan.

MSAF telah dirangka dengan pelbagai aktiviti menarik khas buat pengunjung seperti konsert, kartun dan komik termasuk kemunculan karektor kartun terkenal ‘BoboiBoy’ dan ‘Megamind’; Persembahan serta Pertandingan Buskers dan Band Indie; Mural dan Graffiti; Barber dan Clothing; Perhimpunan ‘Bikers’; Pertandingan Bola Sepak Jalanan (Street Soccer) dan Trak Makanan (Food Truck).

Barisan artis terkenal tanah air akan memeriahkan lagi kehangatan festival ini, antaranya Akim & Majistret, Bunkface, Lan Typrewriter, S.O.G, Ana Rafali, Shiha, Ainan Tasneem dan Sakura Band. MSAF turut membawakan pameran khas ‘Flash Hollywood and Football’ di Mini Auditorium dan Galeri MaTiC mulai 6 hingga 8 November depan.


Penganjuran festival seperti ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan MaTiC sebagai salah satu ikon Pelancongan Kuala Lumpur dan pusat sehenti informasi pelancongan. Menggunakan konsep ‘Family Fun’, festival seni jalanan ini pasti akan memukau perhatian anda.

Jom sama-sama kita meriahkan MSAF pada 7 hingga 8 November 2015 ini! -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori