• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persahabatan Utuh Punca Spider Bertahan Dua Dekad

oleh Haris
04/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN sudah dua dekad menapak dalam industri hiburan negara, keutuhan yang dimiliki oleh kumpulan Spider tidak dapat disangkal lagi.

Biarpun setiap ahlinya bebas untuk mengembangkan bakat mereka secara solo, ia tidak menjadi satu halangan buat mereka untuk terus bergerak sebagai satu kumpulan.

Jelas vokalis dan pemain gitarnya, Tam Mustafah, perkara itu adalah normal memandangkan selepas 20 tahun bersama, setiap ahli pasti ingin menerokai perkara berbeza secara peribadi.

“Saya percaya Spider berpegang teguh kepada tali silaturahim sejak mula kami berhijrah ke ibu kota hingga mencapai tahap ini. Itu yang kami cuba kekalkan.

“Keputusan ini dibuat untuk memberi ruang kepada setiap anggota menyerlahkan kemampuan masing-masing. Kami masih membuat persembahan bersama, cuma jarang mendapat liputan.

“Mungkin kerana itu, ada yang beranggapan Spider sudah berpecah. Spider masih kukuh, cuma kebelakangan ini kami tidak mahu lagi terlalu terikat dengan band,” katanya memetik BH Online.

Ujar Tam, buat masa ini, dia juga melakukan projek sampingan dengan menulis lagu untuk dinyanyikan artis lain selain turut merancang untuk menjayakan projek solo tidak lama lagi.

Tam juga menjelaskan bahawa dia tidak pernah menghalang anggota Spider yang lain untuk mencorakkan perjalanan kerier mereka sendiri.

Meskipun adakalanya mereka semua berselisih faham, ianya tidak akan meleraikan ikatan persahabatan yang telah lama dibina dan hanya akan menguatkan semula hubungan mereka.

Selain Tam, Spider turut dianggotai Nafie (gitar), Aie (dram) dan Iss (bass) dan juga pernah turut dianggotai Tony satu ketika dahulu.

Oleh itu, ketika Tony menyampaikan hasratnya untuk meninggalkan Spider, mereka tidak sesekali membantah keputusan dibuat Tony itu kerana memahami kemahuannya.

“Ia berlaku bukan kerana kami berselisih faham, sebaliknya atas permintaan Tony sendiri. Sebagai anggota kumpulan, mereka tidak menghalang, malah menghormati keputusannya.

“Setiap kumpulan pasti konflik tersendiri, begitu juga Spider. Kami anggap itu sebagai sebahagian daripada proses kerja dan tidak menyimpannya di sudut hati,” jelasnya.

Tambah Tam, jika terlibat dalam sesebuah kumpulan, perkara mustahak yang perlu diingati adalah untuk sentiasa bersatu hati selain perlu memahami perasaan antara satu sama lain.

Tam ditemui ketika Spider menjayakan showcase Spider dan Lampu Ajaib di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur, Jumaat lalu. – MYNEWHUB.CC/EZ

Tags: MATICSpidertam spider
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Makyung “Anak Raja Tangkai Hati” Di Matic 28 & 29 Sept Ini

20/09/2018
0

KOTA BHARU - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan menganjurkan pementasan Teater Tradisional Makyung "Anak Raja Tangkai Hati” di...

Tam Spider Akui Kekok Pegang Anak Perempuan

02/05/2018
0

DOA vokalis kumpulan Spider iaitu Tam untuk memiliki anak perempuan akhirnya dikabulkan oleh Tuhan apabila isterinya selamat melahirkan seorang puteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd