KOTA BHARU – “Kesian la kat Bang Mad tu.. basuh basuh, cemar.. basuh basuh, cemar..”
Itu sindiran Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz keatas Presiden Parti Amanah Negara (PAN) yang juga Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.
Beliau dipercayai menyindir Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berikutan dakwaan terbaru Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa PAS menolak kemerdekaan.
Mat Sabu sebelum menyertai Pakatan Harapan dan dilantik sebagai Menteri Pertahanan oleh Mahathir merupakan Timbalan Presiden PAS.
Nik Mohamad Abduh seterusnya menyindir Mahathir yang juga Perdana Menteri ke-7 kerana menyatakan penyokong PAS tidak akan membaca penulisan beliau.
“Kata Tun, “PAS menolak kemerdekaan.” Maka, betullah kata Tun bahawa orang PAS takkan baca tulisannya.
“Nak baca macamana Tun? Auta ‘tak kerut kening..’,” sindirnya. – MYNEWSHUB.TV
*Sekadar Video Hiasan..

