• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Nigeria Dipenjara 6 Bulan Palsukan Kad UNCHR

oleh Ahmad Albab
12/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang wanita Nigeria dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana memalsukan kad pengenalan milik Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNCHR) dan tinggal di negara ini tanpa dokumen sah pada Januari lepas.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu terhadap Joshua Amanda Akudo Joshua Akudo, 23, selepas dia mengaku bersalah bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Bagi pertuduhan pertama iaitu memalsukan kad UNCHR, dia dikenakan hukuman penjara enam bulan dan bagi pertuduhan kedua tinggal di negara ini tanpa dokumen sah, dia dihukum penjara lima bulan.

Bagaimanapun, Erry Shahriman memerintahkan pekerja salon itu supaya menjalani hukuman penjara serentak bermula tarikh dia ditangkap pada 28 Jan lepas.

Joshua Amanda Akudo didakwa memalsukan kad UNCHR dengan tujuan untuk menipu di perkarangan Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras di sini kira-kira 12.30 tengah hari, 28 Jan lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan sebat.

Bagi pertuduhan kedua iaitu masuk dan berada di negara ini tanpa memiliki pas yang sah, wanita itu didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) yang boleh membawa hukuman denda maksimum RM10,000, penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya dan maksimum enam sebatan.

Joshua Amanda Akudo, yang tidak diwakili peguam, merayu kepada mahkamah supaya mengurangkan hukuman kerana dia mengalami masalah kesihatan.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa. – BERNAMA

Tags: Wanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd