• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 50% Penjara Di Malaysia Sesak

oleh Ahmad Albab
18/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Lebih 50 peratus daripada 37 penjara di seluruh negara yang menempatkan sebanyak 61,000 banduan, mengalami kesesakan, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Nadzri Siron.

Beliau berkata 20 penjara itu mengalami kesesakan berikutan bilangan banduan melebihi kapasiti sepatutnya.

“Penjara paling sesak dan mempunyai jumlah banduan tertingi adalah Penjara Pengkalan Chepa di sini yang melebihi 2,900 banduan yang sepatutnya hanya dihuni oleh 1,500 penghuni sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mesej dari Penjara Peringkat Zon Timur 2018 di Dewan Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Kota di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar, Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan, dan Timbalan Naib Cancelor UMK Prof Dr Zaliman Sauli.

Nadzri berkata bagi menangani kesesakan banduan di Penjara Pengkalan Chepa, usaha sedang dilakukan untuk mendapatkan peruntukan bagi penambahbaikan dan pembinaan bangunan baharu.

“Penjara baharu seperti Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang di Selangor serta Penjara Sungai Udang, Melaka tidak mengalami kesesakan yang teruk kerana pembinaan penjara baharu ini menggunakan konsep sel,” katanya.

Nadzri juga berkata beberapa program turut dilaksanakan untuk mengurangkan kesesakan dalam penjara antaranya Program Pemulihan dan Pemasyarakatan ( CRP) di enam kem tentera termasuk Kem Desa Pahlawan di sini dan Kem Gemas di Negeri Sembilan bagi banduan melaksanakan tugas luar penjara.

“Kita juga mengalakkan majikan yang sudi mengambil banduan sebagai pekerja mereka sebagai satu langkah untuk mengurangkan kesesakan dalam penjara,” katanya.

Beliau juga berkata sebanyak 3,700 banduan muda berusia bawah 21 tahun yang menjadi penghuni penjara terlibat dengan dadah.

“Kerajaan sedang mengkaji undang-undang sedia ada untuk meletakkan mereka yang terlibat dengan masalah penagihan dadah ini di pusat-pusat pemulihan, dan bukan di penjara,” katanya. – BERNAMA

Tags: banduanPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

01/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Seorang peguam ditahan selepas disyaki bersubahat dengan banduan untuk menyeludup masuk dadah ke Penjara Marang, dekat sini. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd