• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesalahan Teknikal Di Hujung Perlumbaan Rentap Emas Nurul

oleh
17/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Ekoran menerima tiga kad merah kerana dikesan melakukan kesalahan teknikal, pingat emas yang dimenangi atlet Kelantan Nurul Alyahaziqah Kamarazaman dibatalkan walaupun beliau yang pertama melintasi garisan penamat bagi acara 5,000 meter jalan kaki wanita dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2018 hari ini.

Ketua Delegasi Teknikal Olahraga Sukma, Tan Boon Seng tampil memberikan penjelasan mengapa kemenangan Nurul dinafikan pegawai teknikal dan pengadil pertandingan pada perlumbaan yang berlangsung di Stadium Perak.

“Yang jadi persoalan oleh ramai jurulatih tadi kenapa penyertaan Nurul dibatalkan hanya selepas beliau menamatkan perlumbaan adalah kerana beliau menerima kad merah ketiga di hujung perlumbaan.

Seterusnya kad merah itu dihantar dan dimaklumkan kepada ketua hakim. Ketua hakim hanya menerima kad merah itu selepas Nurul meraikan kemenangannya,” katanya kepada Bernama selepas perlumbaan, di sini.

Menurut Tan, Nurul telah menerima dua kad merah pada awal perlumbaan dan satu lagi kad merah dihujung perlumbaan daripada tiga hakim yang berlainan.

“Dua kesalahan kerana ‘loss of contact’ (kaki tidak menjejak tanah) dan satu lagi kerana lutut beliau di kesan membengkok sewaktu perlumbaan.

Seorang peserta jalan kaki itu akan dibatalkan penyertaan jika dia menerima tiga kad merah daripada tiga orang hakim yang berlainan…itu apa yang berlaku tadi kepada Nurul,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pengiring Kontinjen Kelantan, Mohd Ghani Seman mempersoalkan tindakan pegawai bertugas kerana memaklumkan pembatalan itu ketika Nurul tiba ke garisan penamat sebagai pemenang.

Katanya, andai benar Nurul mengingkari peraturan pertandingan apabila dikatakan mengangkat kakinya (floating) selain membengkokkan lutut, perkara itu harus dimaklumkan lebih awal dan mengarahkan beliau berhenti namun sebaliknya dia hanya dimaklumkan ketika meraikan kejayaannya.

Bagaimanapun, Tan mengesahkan tiada bantahan diterima daripada kontinjen Kelantan mengenai pembatalan kemenangan itu dan keputusan kekal sekali gus membolehkan atlet Pahang, Koong Jia Lin meraih emas dengan masa 27 minit 35.26 saat, perak milik Nurul Ashikin Hussin dari Wilayah Persekutuan (28:01.85s) dan gangsa Laura Tan dari Selangor (30:00.40s). – BERNAMA

Tags: Sukma
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KBS Nafi Wujud Sabotaj Isu 12 Acara Sukma Gugur

KBS Nafi Wujud Sabotaj Isu 12 Acara Sukma Gugur

20/08/2022
0

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menafikan terdapat sebarang unsur sabotaj oleh persatuan sukan di sebalik pengguguran 12 acara Sukan Malaysia...

Johor Giat Pencarian Atlet Pelapis Sukma 2024

20/04/2022
0

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan khususnya melibatkan aspek pencarian atlet dan bakat-bakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd