• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Emas Pertama Acara Terjun Milik Penerjun Sabah

oleh
18/09/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Emas pertama acara terjun Sukan Malaysia (Sukma) 2018 yang membuka tirai hari ini di Pusat Akuatik Tuanku Zara di sini menjadi milik atlet Sabah, Gabriel Gilbert Daim.

Penerjun berumur 17 tahun itu mempamerkan aksi konsisten untuk mengungguli acara 3meter papan anjal lelaki apabila mengutip 369.00 mata selepas menyelesaikan enam terjunan.

Gabriel mengalahkan pencabarnya Muhd Syahmi Mohd Rezal dari Selangor yang meraih perak dengan 315.60 mata manakala gangsa menjadi milik Hanis Nazirul Jaya Surya dari Wilayah Persekutuan dengan 312.00 mata.

“Saya sangat gembira dengan pingat emas ini, kerana pada Sukma 2016 saya tidak mengambil bahagian dalam acara ini,” kata Gabriel kepada Bernama.

Pada temasya Sukma 2016 di Sarawak, Gabriel memenangi pingat perak dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki bersama pasangannya Jellson Jabilin.

Sementara itu, Sarawak meraih pingat emas menerusi gandingan Eilisha Rania Abrial Rajagopal Francis dan Kimberly Bong dalam acara platform seirama wanita.

Eilisha Rania dan Kimberly menduduki carta teratas selepas mengumpul 274.05 mata dan sekali gus mempertahankan emas yang dimenangi semasa Sukma ke-18, dua tahun lepas.

Pasangan dari Selangor, Koh Hui Yan dan Lim Min meraih perak dengan mata keseluruhan 222.06, manakala gangsa milik pasangan Sabah, Nur Ain Nadzmi dan Nurfazriyanti Jali dengan 213.51 mata. – BERNAMA

Tags: Sukma
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KBS Nafi Wujud Sabotaj Isu 12 Acara Sukma Gugur

KBS Nafi Wujud Sabotaj Isu 12 Acara Sukma Gugur

20/08/2022
0

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menafikan terdapat sebarang unsur sabotaj oleh persatuan sukan di sebalik pengguguran 12 acara Sukan Malaysia...

Johor Giat Pencarian Atlet Pelapis Sukma 2024

20/04/2022
0

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan khususnya melibatkan aspek pencarian atlet dan bakat-bakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd