• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan RM400,000 Bagi Naik Taraf Taman Tasik Seri Gombak

oleh
17/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOMBAK – Kerajaan Selangor memperuntukkan RM400,000 untuk menaik taraf Taman Tasik Seri Gombak bagi membangunkan kawasan hijau dan menyediakan kemudahan untuk masyarakat melakukan aktiviti serta beriadah.

Anggota Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, Hilman Idham berkata peruntukan itu telah disalurkan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan kerja-kerja membaik pulih kawasan itu dijadual bermula awal tahun depan.

“Kita lihat sedikit keuzuran di taman tasik ini, terutama sistem pembentungan dan pengaliran air yang tidak begitu baik. Atas keprihatinan Menteri Besar Selangor (Amirudin Shari), kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM400,000 kepada MPS untuk melaksana kerja-kerja menaik taraf bagi fasa yang ketiga.

“Ini merupakan fasa paling penting kerana melibatkan perubahan besar kepada tapak sedia ada termasuk tasik, laluan pejalan kaki dan akan ada prasarana dibangunkan untuk masyarakat beriadah serta beraktiviti,” katanya selepas program Merdeka Sihat 2018 di Taman Tasik Seri Gombak, di sini hari ini.

Program Merdeka Sihat itu disertai lebih 800 orang yang bersama-sama menyertai pelbagai aktiviti seperti larian, ujian kecergasan, sepak raga bulatan dan tarian zumba, selain bertujuan memperkukuh perpaduan dan muafakat dalam kalangan penduduk serta mempromosikan gaya hidup sihat. – BERNAMA

Tags: naik taraf
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 12,000 Tandas Awam Dinaik Taraf, Madani Betul-Betul Bekerja – Nga Kor Ming

Hampir 12,000 Tandas Awam Dinaik Taraf, Madani Betul-Betul Bekerja – Nga Kor Ming

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani terus menunjukkan komitmen dalam meningkatkan kemudahan awam apabila hampir 12,000 tandas awam di seluruh negara...

Kerja Naik Taraf Fasiliti Kesihatan Di Sabah 70 Peratus Siap – Dr Dzulkefly

Kerja Naik Taraf Fasiliti Kesihatan Di Sabah 70 Peratus Siap – Dr Dzulkefly

15/11/2025
0

Putrajaya: Kerja-kerja pembaikan serta naik taraf fasiliti kesihatan di Sabah kini berada pada tahap 70 peratus siap, kata Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd