• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Cermat Berdiplomasi, Tolak Campur Tangan Asing”

oleh Haris
16/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAS menggesa kerajaan Malaysia agar lebih cermat menangani persaingan antara kuasa besar Amerika Syarikat dan China, yang sedang terlibat dalam perang dagang pada masa ini.

Ini dinyatakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya di muktamar ke-64 parti itu yang sedang diadakan di Kuala Terengganu.

“PAS menyarankan agar kerajaan Malaysia lebih cermat dalam berhadapan dengan perang ekonomi di antara kuasa besar khususnya China dan Amerika,” kata Abdul Hadi, sambil menggesa kerajaan mengambil peluang membetulkan salah faham terhadap Islam oleh pihak Barat.

Abdul Hadi memuji dasar pandang ke Timur yang pernah dilaksanakan oleh perdana menteri semasa kali pertama memegang jawatan itu pada 1980-an, tetapi menyeru agar dilakukan pembaharuan dengan memberi keutamaan pada rantau Asean, negara-negara Islam dan negara berkecuali.

“Langkah pandang ke Timur yang pernah dilaksanakan dahulu perlu dilakukan pembaharuan terkini, khususnya meletakkan keutamaan kerjasama serantau dari kalangan negara ASEAN, kerjasama negara Islam (OIC) dan negara berkecuali (NAM) terlebih dahulu.”

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mula membina hubungan lebih baik dengan Jepun sejak mula menjawat jawatan perdana menteri, tindakan yang dianggap mengulangi pendirian kerajaan pada tahun 1980-an, dan pada masa yang sama sebagai mengurangkan tahap hubungan dengan China yang dibina oleh kerajaan sebelum ini.

Abdul Hadi turut menggesa agar hubungan dengan semua negara dipelihara, dan mengekalkan diplomasi menjaga hubungan dengan kuasa-kuasa dunia tetapi tidak bergantung pada mereka.

Abdul Hadi juga menegaskan bahawa isu Palestin kekal sebagai isu antarabangsa paling penting bagi PAS, selain wilayah umat Islam lain yang bergolak.

Dalam menangani isu tersebut, PAS menyokong pendekatan diplomasi dan aman, serta menyatakan tekad untuk terus membantu melalui pelbagai usaha yang mampu.

“Dalam hal ini, PAS akan terus memperjuangkan isu kemanusiaan yang bertali arus berlaku dalam dunia tanpa sempadan, tanpa mengira fahaman politik, agama dan etnik, di samping meneruskan usaha menghulurkan bantuan kemanusian dan kebajikan di wilayah yang memerlukan, dengan kerjasama pelbagai agensi dan NGO.”

Abdul Hadi menegaskan bahawa masalah dunia Islam ini mesti ditangani melalui kerjasama umat Islam, sambil mengingatkan agar tidak membuka ruang kepada campur tangan kuasa asing.

“PAS mengingatkan agar kita tidak sesekali membuka peluang kepada campur tangan kuasa luar dalam menangani isu ummah dan serantau ini, yang akan menyebabkan kemudaratan yang lebih besar.” – Mynewshub.tv

Tags: Datuk Seri Abdul Hadi AwangMuktamar PASPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd