• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Bunuh Kucing Di Kedai Dobi Ditahan

oleh Ahmad Albab
14/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua daripada tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh seekor kucing dengan memasukkan haiwan itu ke dalam mesin pengering pakaian di sebuah kedai dobi ditahan di dua lokasi di Gombak awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Samsor Maarof berkata kedua-dua lelaki yang masing-masing berumur 26 dan 40 tahun itu ditahan hasil risikan dan maklumat awam. Mereka direman empat hari bermula hari ini.

“Bagaimanapun, seorang lagi masih bebas dan diburu pihak polis,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Samsor dilaporkan berkata polis sedang mengesan tiga lelaki dipercayai warga tempatan bagi menyelesaikan kes mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan berkaitan membunuh binatang.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi dua minit 50 saat di sebuah kedai dobi Taman Gombak Ria, Selasa lepas tular menunjukkan dua lelaki memasukkan seekor kucing bunting ke dalam mesin pengering pakaian pada kira-kira 12 tengah malam sebelum bangkai kucing itu ditemukan berlumuran darah di dalam mesin berkenaan.

Pihak polis bagaimanapun mengesahkan terdapat individu ketiga dalam CCTV itu. – BERNAMA

Tags: bunuh kucingSuspek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

01/09/2025
0

Ipoh: Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam letupan sebuah premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana, di...

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

27/08/2025
0

Ipoh: Polis sedang mengesan seorang suspek disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di lorong berhampiran Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd