• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semakin Ramai Hidap Kanser Seluruh Dunia

oleh Haris
13/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SATU laporan terbaru tentang kanser menjangkakan seramai 18.1 juta kes baharu akan muncul tahun ini di seluruh dunia, manakala 9.6 pesakit akan mati.

Peningkatan ini, daripada 14.1 juta kes dan 8.2 juta kematian pada 2012, disebabkan sebahagiannya oleh populasi yang meningkat dan semakin tua.

Laporan ini juga menunjukkan satu daripada lima lelaki dan satu daripada enam wanita akan menghidapi penyakit ini dalam hayat mereka.

Kajian juga mendapati dengan jumlah negara kaya yang meningkat, lebih ramai akan menghidapi kanser yang berkaitan dengan gaya hidup.

Agensi Antarabangsa Bagi Kajian Kanser (IARC) menghasilkan kajian berkala tentang penyakit kanser seluruh dunia, menyediakan satu gambaran tentang skala penyakit ini di seluruh dunia.

Kajian IARC melibatkan tumpuan pada 36 jenis kanser di 185 buah negara.

Pengkaji berkata walaupun cara mengukur dan mengumpul data tentang kanser telah bertambah baik, trend keseluruhan masih menyaksikan peningkatan kadar kanser dan kematian dari tahun ke tahun.

Laporan terkini menunjukkan kanser paru-paru, kanser payudara wanita, dan kanser usus merupakan satu pertiga daripada semua jenis kanser di seluruh dunia.

Pengkaji turut mengatakan yang kanser paru-paru kini menjadi punca utama kematian dalam kalangan wanita di 28 buah negara.

Antara negara paling teruk mengalami kanser ialah Amerika Syarikat, Hungary, Denmark, China, dan New Zealand.

Secara keseluruhan, laporan ini menjangkakan hampir separuh kes dan kebanyakan kematian tahun ini akan berlaku di Asia, sebahagiannya kerana jumlah penduduk yang ramai dan sebahagiannya disebabkan beberapa jenis kanser yang mempunyai kadar kematian tinggi lebih banyak berlaku di rantau ini. – BBC

Tags: kanser
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

19/07/2024
0

PUTRAJAYA - Waris dan pesakit kanser yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) di sini, berpeluang untuk mendiami Rumah...

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

16/02/2023
0

Mendakwa tidak ada masalah dengan jenama "Rahmah" yang diperkenalkan kerajaan, seorang ahli parlimen pembangkang mengaitkan kualiti makanan dengan kemungkinan risiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd