• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persefahaman UMNO, Pas Demi Melayu

oleh Cj Mnh
12/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persefahaman dan kesatuan yang dicapai UMNO dan Pas dalam dua pilihan raya kecil (PRK) amat penting dalam memastikan suara orang Melayu terus terbela.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, nasib orang Melayu ketika ini umpama melukut di tepi gantang kerana mengharapkan pertolongan daripada suara minoriti untuk memperkukuhkan kedudukannya.

Tegas beliau, hanya UMNO dan Pas mampu menjadikan suara Melayu kembali kuat seperti sebelum ini.

“Parti yang memperjuangkan orang Melayu, UMNO paling kuat, sekarang ini sekurang-kurangnya ada kesatuan antara Pas dan UMNO ini adalah sesuatu yang amat baik dan harus digalakkan.

“Di Malaysia 78 peratus adalah bumiputera, 65 peratus daripadanya Islam tetapi kita terpaksa bergantung kepada kumpulan minoriti untuk memerintah negara kerana kita (Melayu) sering bergaduh, berpecah,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen, hari ini.

Dalam pada itu, Shahidan berharap kesemua ahli UMNO merapatkan saf bagi memperkukuhkan parti dan menolak ketepi unsur ego, sombong serta pentingkan diri sendiri yang tidak memberi sebarang manfaat.

Katanya, semua pihak diminta untuk membuka lembaran dan semangat baru supaya roh membela nasib rakyat yang dibawa UMNO kembali mengukuh. – UTUSAN ONLINE

Tags: Melayupersefahaman
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd