• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elak Perkataan Kesat, Abam Mahu Jadi Teladan Baik

oleh Ahmad Albab
12/09/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelawak, Abam, mengakui lebih berhati-hati dalam pertuturannya ketika menjayakan persembahan, merakam video mahupun menulis coretan di laman sosial.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 29, berkata dia mahu menjadikan dirinya sebagai contoh yang baik dan idola buat peminat kanak-kanak.

“Dulu, sebelum menjadi selebriti, saya tidak menjaga bahasa pertuturan. Apabila bergelar selebriti dan mempunyai pengikut kanak-kanak, sikap buruk itu saya buang.

“Saya akan menjaga pertuturan agar tidak terkeluar bahasa kasar kerana ia secara tidak langsung akan menjadi ikutan.

“Bukan sekadar ketika mengadakan persembahan di pentas atau di televisyen, malah saya juga akan mengelak daripada menggunakan kata-kata kasar atau kesat di laman sosial, walaupun kadang-kadang saya berasa seperti mahu sahaja membalas komen negatif sesetengah netizen,” katanya kepada BH Online.

Menurut Abam, walaupun tujuan asalnya adalah bagi menjadi contoh baik buat golongan cilik, ia secara tidak langsung turut memberi impak kepadanya untuk berfikiran lebih positif.

Sementara itu, bercakap mengenai pencalonannya dalam kategori Artis Komedi Popular dan Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-31, Abam tidak menyangka dirinya masih dicalonkan walaupun berasakan aktiviti seninya sedikit perlahan.

Acara kemuncak anugerah hiburan pilihan peminat paling lama bertahan itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Oktober depan,

“Inilah tahun ketiga saya dicalonkan pada ABPBH dan kategorinya juga sama.

“Alhamdulillah, peminat masih terus memberikan sokongan walaupun saya rasa pembabitan dalam kerjaya seni agak perlahan berbanding sebelum ini.

“Saya cukup bersyukur apabila peminat sudah menjadi sebahagian daripada keluarga dan mereka tidak henti-henti mengadakan promosi untuk saya di laman sosial,” katanya.

Dalam pada itu, ujar Abam, dia juga sering menganjurkan aktiviti sukan untuk berkumpul dan meluangkan waktu bersama peminat.

“Memandangkan saya sendiri sedang berusaha menuju ke arah kehidupan lebih sihat, jadi saya memilih untuk melakukan aktiviti sukan berbanding acara lepak kosong.

“Aktiviti sebegini membuatkan kami lebih akrab. Mereka juga membuatkan saya tidak putus semangat membina kerjaya,” ujarnya. – BH ONLINE

Tags: Abam Boceypelawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelawak, Isteri Dibebas Dengan Jaminan Polis

Pelawak, Isteri Dibebas Dengan Jaminan Polis

03/07/2024
0

Shah Alam : Pelawak serta isterinya yang ditahan polis berhubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah...

Hingga Ke Saat Terakhir, Nazar Mohammad Tetap Membahan Taliban

13/10/2021
0

PADA bulan Julai lalu seorang pelawak Afghanistan dibunuh oleh Taliban, tetapi apa yang dia lakukan adalah, bagi ramai pihak sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd