• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR N.Sembilan Akan Pastikan Anwar Menang

oleh Ahmad Albab
12/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Ahli PKR Negeri Sembilan bersedia untuk berperang bagi memastikan presiden mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dengan selesa dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Menteri Besar dan Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata, jentera parti itu sudah bersedia untuk digerakkan bila-bila masa bagi pilihan raya kecil biarpun belum dimaklumkan secara rasmi tentang Anwar yang dikatakan bakal bertanding di Port Dickson.

“Kami mengalu-alukan beliau dengan tangan terbuka. Saya sudah mempunyai strategi untuk memastikan kita mengekalkan kerusi itu dengan majoriti yang bagus.

“Jika benar Anwar akan bertanding di Port Dickson, kami berasa sangat bertuah kerana dia mahu bertanding di sini,” katanya pada Selasa.

Ujarnya lagi, Anwar tidak mengatakan apa-apa mengenai rancangannya untuk bertanding di Port Dickson semasa lawatannya ke Tampin pada Ahad lalu.

Namun sewaktu pertemuan dengan anggota PKR di Tampin pada hari yang sama, Anwar secara terbuka menyatakan bahawa dia mempunyai tiga kerusi untuk dipilih dalam usahanya untuk kembali ke Parlimen.

Bekas anggota Parlimen Permatang Pauh itu kemudiannya berseloroh sama ada mereka akan menyokongnya jika dia memutuskan bertanding di Negeri Sembilan sebelum disambut dengan tepukan gemuruh orang ramai.

Anwar juga berkata dia yakin akan memperoleh sokongan padu rakyat Negeri Sembilan kerana ramai dalam kalangan mereka yang sanggup ke utara bagi berkempen untuk pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008. – mStar Online

Tags: Anwar IbrahimPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi membabitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertindak keluar parti secara...

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

21/06/2026
0

Kahkahkah.. Ramanan baca kat media sosial mana TMJ kena hentam kiri kanan ni? Baca kat Josh, Moj, Koo atau Kutumb...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd