• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukma Ke-19 Dibuka Dalam Cahaya Gilang Gemilang

oleh
11/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sesuai dengan tema ‘Wow Kita Hebat’, temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 Perak 2018 dibuka secara rasmi dalam pancaran cahaya gilang gemilang di Stadium Perak di sini, malam ini.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berangkat menyempurnakan majlis perasmian itu tepat pada 10.05 malam, setelah tertangguh kira-kira 45 minit dari jadual asal akibat hujan.

Namun cuaca tidak mendingini semangat semua peserta dan penonton. ​​​​​

​Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim turut berangkat ke majlis perasmian tersebut.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu serta Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sultan Nazrin meletakkan sebilah keris ke dalam kotak yang kemudian memancarkan laser warna warni dan menyalakan obor temasya dengan disaksikan ribuan penonton yang bersorak terpesona.

Terdahulu, baginda berkenan menerima obor dibawa oleh Chef de Mission kontinjen Perak, Loo Kum Zee, bekas atlet lompat tinggi kebangsaan yang pernah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Sebelum itu, acara perasmian dimulakan dengan perarakan lintas hormat kontinjen-kontinjen negeri dimulai oleh Sarawak, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Selangor, Terengganu, Wilayah Persekutuan, Johor, Brunei Darussalam dan Perak yang diketuai oleh Loo.

Sejurus kemudian, maskot Sukma Perak, seekor seladang yang diberi nama Chor, memasuki padang diikuti persembahan nyanyian lagu tema ‘Wow! Kita The Greatest’ hasil ciptaan komposer terkemuka Datuk Wah Abdul Hamid Idris, seterusnya persembahan pembukaan diberi nama Indera Sakti yang dijayakan oleh 700 peserta.

Kumpulan peserta itu menampilkan aneka tarian budaya masyarakat berbilang kaum Malaysia.

Kira-kira 40,000 orang menyaksikan acara pembukaan temasya dwi tahunan itu termasuk 25,000 daripadanya yang berada di dalam stadium, manakala selebihnya penonton di tiga skrin besar di luar stadium.

Sukma 2018 berlangsung dari 12 hingga 22 Sept, dengan menawarkan 427 pingat emas melibatkan 29 jenis sukan dan 39 venue di 12 daerah seluruh Perak.

Penganjuran Sukma 2018 adalah kali kedua bagi Perak selepas kali terakhir 24 tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Sukma
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KBS Nafi Wujud Sabotaj Isu 12 Acara Sukma Gugur

KBS Nafi Wujud Sabotaj Isu 12 Acara Sukma Gugur

20/08/2022
0

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menafikan terdapat sebarang unsur sabotaj oleh persatuan sukan di sebalik pengguguran 12 acara Sukan Malaysia...

Johor Giat Pencarian Atlet Pelapis Sukma 2024

20/04/2022
0

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan khususnya melibatkan aspek pencarian atlet dan bakat-bakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd