• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Kembalikan RM45.9 Juta Wang 1MDB

oleh Ahmad Albab
10/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Singapura meluluskan perintah pelupusan wang dianggarkan S$15.3 juta (RM45.93 juta) yang sebelum ini didapati diselewengkan daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan/atau anak syarikatnya, SRC International Sdn Bhd.

Peguam cara Kerajaan Malaysia merangkap Kumpulan 1MDB, Tan Rajah & Cheah, ketika mengesahkan perkara itu berkata usaha untuk mendapatkan semula aset lain yang diselewengkan daripada syarikat pelaburan strategik negara masih diteruskan.

“Dana yang dikembalikan ini merangkumi pelbagai mata wang negara dan ia akan dipindahkan ke akaun perolehan khas 1MDB di Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berdasarkan kenyataan itu, firma guaman Singapura yang dilantik Malaysia, Julai lalu bagaimanapun tidak memperincikan tarikh perintah pelupusan dana 1MDB diluluskan mahkamah republik berkenaan.

Peguam Negara, Tommy Thomas, pada awal Julai lalu dilaporkan berkata, kerajaan melantik firma guaman Singapura, Tan Rajah & Cheah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap 53 individu dan syarikat bagi menuntut wang milik 1MDB.

Susulan pelantikan itu, Kerajaan Malaysia memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di Singapura terhadap 53 defendan, termasuk ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low bagi mendapatkan perintah untuk mendapatkan semula wang milik 1MDB.

Sumber berkata, Thomas mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara Singapura, Lucien Wong, sebelum itu untuk memudahkan pemulangan wang 1MDB yang dibekukan pihak berkuasa Singapura.

Kerajaan terpaksa melantik peguam cara dari Singapura untuk memfailkan tindakan kerana peguam Malaysia tidak dibenarkan mewakili kes berkenaan di mahkamah republik itu.

Pada 31 Mei, Pasukan Petugas Khas 1MDB, dalam satu kenyataan berkata, Singapura dan Malaysia bersetuju untuk bekerjasama dalam usaha membawa balik wang dipercayai diselewengkan daripada syarikat pelaburan strategik negara itu.

Pasukan Petugas Khas 1MDB Malaysia, yang ditubuhkan pada 21 Mei lalu dianggotai bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.

Antara tanggungjawab Pasukan Khas Siasatan 1MDB ialah mengendalikan siasatan, pengesanan dan rampasan aset, selain pendakwaan terhadap individu yang melakukan kesalahan jenayah dalam pengurusan syarikat berkenaan. – BH ONLINE

Tags: 1MDBSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd