• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seri Setia Bukti Keperluan Pakatan Parti Melayu

oleh Haris
09/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERJASAMA antara parti Melayu PAS dengan UMNO sudah menampakkan tanda-tanda positif di Seri Setia apabila undi dan majoriti diperolehi Pakatan Harapan (PH) turun mendadak.

Dalam tempoh kurang lima bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14, sentimen orang Melayu Islam dilihat banyak berubah ekoran pelbagai isu yang terdedah menunjukkan sikap sebenar PH.

Peratus keluar mengundi yang sangat rendah mungkin boleh dikaitkan dengan mood berbeza selepas PRU14 dan musim cuti, tetapi kemerosotan undi PH amat jelas.

PAS juga menunjukkan peningkatan di beberapa kawasan yang sebelum ini ia tewas, mengesahkan lagi perubahan sentimen pengundi Melayu.

Menurut calon PAS Dr Halimah Ali, PAS menang di tiga Pusat Daerah Mengundi yang dua daripadanya dimenangi buat kali pertama.

“Semalam adalah kemenangan moral bagi PAS dan blok pembangkang, PAS berjaya menang buat pertama kali di PDM TTDI Jaya dan Sungai Wei selain berjaya menambah jumlah majoriti undi di PDM PJS5.

“Malah PAS juga menang di undi pos dan undi awal yang melibatkan kakitangan polis dan tentera selain berjaya menambah undi orang muda dan bukan Melayu, ini satu signal daripada pengundi memberitahu mereka matang berpolitik dan tidak takut untuk membuat perubahan,” kata Dr Halimah.

Perlu diingat bahawa PH menang besar seluruh negara dalam PRU14, dan PH dalam pilihan raya kecil ini turun sebagai parti kerajaan di peringkat persekutuan dan kerajaan Selangor.

Calon PKR di Seri Setia disokong oleh jentera yang kuat, termasuk media nasional yang sudah berpihak kepada “government of the day.”

Undi Cina yang solid untuk PH menunjukkan kaum itu sudah memutuskan PH ialah yang terbaik bagi mereka, membuktikan yang PH telah membalas jasa-jasa pengundi Cina.

Ini juga bermakna PH akan terus memastikan kehendak dan keperluan masyarakat Cina dipenuhi dan dipelihara, dan pengundi Cina akan terus memastikan PH kekal memerintah.

Seri Setia yang majoriti pengundi Melayu masih di bawah 50 peratus sudah berjaya menunjukkan isyarat positif untuk politik Melayu.

Perkembangan ini menunjukkan satu blok pembangkang lebih-lebih lagi satu kesatuan kalangan orang Melayu disambut baik oleh pengundi.

Orang Melayu sudah menyaksikan mereka membuat pilihan salah dengan mengundi PH apabila semua yang melibatkan orang Melayu daripada penjawat awam hingga peneroka Felda tidak menjadi prioriti PH.

Seri Setia menjadi petunjuk perubahan politik yang sedang berlaku dalam kalangan orang Melayu, dengan kerjasama lebih rapat antara PAS dan UMNO.

Orang Melayu sudah tidak ada pilihan dalam memperjuangkan nasib mereka melalui politik melainkan bersama PAS dan UMNO yang bekerjasama.

Bentuk kerjasama pada peringkat ini masih kerjasama pilihan raya, dan bakal dimantapkan lagi selari dengan keperluan pada masa depan.

Tempoh lima tahun atau kurang sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 perlu dipenuhi dengan kerja-kerja yang tersusun dan bermakna supaya perubahan dapat dilihat pada PRU15 nanti.

Perubahan yang menggugat Melayu dan Islam dilakukan dengan amat pantas sejak 10 Mei lalu, dan parti-parti mewakili orang Melayu mesti segera bertindak melawannya. – Mynewshub.tv

Tags: PASUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd